Friday, April 11, 2014

THUMMASTAQIM !


Sesungguhnya mereka yang berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (istiqamah), maka tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[Al-Ahqaf, 46 : 13] 

Dari Abu Amru dan ada yang berkata Abu Amrah, Sufyan bin Abdillah Ats-Tsaqafi r.a. berkata, "Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku suatu perkataan tentang Islam, yang tidak mungkin aku tanyakan kepada siapa pun selain kepadamu." Rasulullah SAW bersabda, "Katakan: 'Aku beriman kepada Allah, lalu istiqamahlah.' "  

[HR Muslim, Hadith ke-21, Hadith Arba'in An-Nawawiah]

 Istiqamah. Satu perkataan yang mungkin sudahpun menjadi kebiasaan kita. Kita sering berkata, "Kita kena istiqamah dalam ibadah kita ni."
Ya. Sangat betul apa yang kita katakan. Moga menjadi doa dan dimaqbulkan oleh Allah. Tetapi, sejauh mana kita memaknai perkataan 'istiqamah' itu? Aku tidak mahu menyentuh dari segi lughah atau linguistik memandangkan aku bukanlah ahlinya. Tapi, fahamlah sikit-sikit.

Istiqamah yang sering kita fahami hanyalah terbatas kepada konsistensi melaksanakan apa-apa ibadah ataupun kerja-kerja soleh yang lain. Istiqamah dalam perkara fahsya' wal munkar itu kita tolak tepi. 

Tahapan istiqamah yang tinggi ialah bilamana kita istiqamah dalam iman kita. Dalam pegangan hidup kita. Jelas matlamat hidup. Ramai orang yang mampu solat jemaah lima kali sehari setiap hari. Qiam setiap hari. Puasa dua hari seminggu. Dan juga ibadah-ibadah yang lain. Tetapi, apalah istiqamah amal tanpa matlamat dan aqidah yang jelas dan juga istiqamah.

Benarlah iman kita itu yazid dan yanqush. Tetapi, istiqamah dalam iman ialah kita sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah, dan juga melaksanakan tugas kita. 

Dalam konteks tarbiyah dan da'wah pula, mashaAllah. Lagilah perlunya kita untuk istiqamah. Istiqamah dalam menegakkan fikrah islamiyah. Tidak logiklah jika ada yang berkata jika kita terlarut sangat dalam tarbiyah dan da'wah, dunia kita akan tergadai. Harta tergadai. Study tergadai. Kalau jadi begitu pun, mungkin sebab kita belum cukup istiqamah dalam tarbiyah dan da'wah.

Jadi, mari kita reflek semula. Sejauhmana kita nak terus teguh dalam tarbiyah dan da'wah ini. Sejauhmana kita allout dalam tarbiyah dan da'wah. Tanpa amal, tiadalah istiqamah. Tanpa tarbiyah yang istiqamah, apatah lagi da'wah.





Infiru !


hudhudkacak
12042014

No comments:

Post a Comment