Friday, April 18, 2014

TARBIYAH MEMBOSANKAN PARA DU'AT

          
          "Akhi, ana dah tak rasa basah macam awal-awal kenal tarbiyyah dahulu."

           InsyaAllah, ini adalah situasi yang sangat sinonim dengan kebanyakan daripada kita. Situasi di mana tiba-tiba hilangnya kelazatan berada dalam dakapan tarbiyyah yang membawa kita mengenali suatu Dunia yang selama ini terhijab daripada kita. Suatu Dunia yang tatkala kita mengenali, pastinya akan membuatkan kita terasa alangkah bahagianya sekiranya kita mengenalinya jauh lebih awal!

           Persoalannya adalah, ke mana perginya kelazatan yang luar biasa itu?



           Bukankah sepatutnya semakin lama keberadaan kita di dalam tarbiyyah, semakin enak kemanisannya?



           Sebenarnya, persoalan yang kedua itu sudah menjawab yang pertama. Kelazatan itu telah menjadi sesuatu yang lebih eksotik dan lebih bernilai. 


           Sebagai contoh, kali pertama kita kereta Proton Iswara sendiri, pastinya kita merasa sangat bahagia. Namun begitu, setelah beberapa lama kita membawanya, akhirnya ia menjadi sesuatu yang biasa bagi kita. 

           Kemudian, tiba pula hari yang lain di mana kita membeli pula kereta Honda Accord yang baru. Pada awalnya, sudah pasti kebahagiaan kita melampau-lampau. Sunnatullah akan kekal menjadi sunnatullah. Segalanya akan berulang. Setelah sekian lama, ianya pasti menjadi perkara biasa juga. Hatta kereta itu adalah Audi TT sekalipun!

           Untuk kembali kepada kereta Proton Iswara setelah membawa Audi TT sudah pasti menyeksa jiwa dan batin seseorang. Ia sememangnya sudah "out of the question". Tidak sama sekali boleh diterima. "No can do."

           Oleh itu, fenomena seorang manusia menjadi bosan dengan sesuatu yang telah dia peroleh sebenarnya adalah sesuatu yang normal. Begitu juga dengan ikhwah akhawat. Untuk mereka bosan dengan tarbiyyah yang mereka terima juga adalah normal.

           Mereka barangkali akan merasa bahagia apabila berganjak daripada sekadar menjadi mutarabbi kepada menjadi seorang murabbi pula. Daripada hanya seorang anak usrah, kepada 10 anak usrah pula. Daripada hanya satu usrah, kepada 20 usrah. Daripada hanyalah seorang jundi, kepada seorang qiyadah pula.

           Setiap satu daripadanya pasti akan membawa sejenis perasaan gembira kerna telah maju. Namun, sepertimana fitrah manusia telah berkata, perasaan gembira dengan situasi yang baru itu pasti akan menjadi suatu norma juga suatu hari nanti.





           Maka, atas sebab itulah, kita perlu memahami mengapa seseorang yang hebat itu mampu thabat (tetap) di jalan yang telah dipilihnya.

           Lihatlah seorang pemandu Formula One. Kehidupannya dihabiskan pada memandu kereta yang sama, pada litar yang sama, upacara yang sama, sahabat-sahabat yang sama dan situasi yang sama. Walau bagaimanapun, apabila kita melihat mereka, mereka kelihatan bahagia. Begitu juga dengan pemain-pemain sukan yang lain. Mereka tidak merasa bosan. Sedangkan segala isi permainan mereka telah mereka hadam sejak sekian lama. Segalanya berulang-ulang tanpa henti.

           Apakah yang mendorong mereka?

           Ya, CINTA.

           Cinta mereka kepada apa yang mereka lakukan telah membuatkan mereka sangat bahagia. Mereka semakin bahagia apabila mereka boleh mengulanginya beribu-ribu kali. Setiap perbuatan mereka disertakan dengan kasih sayang dan rasa penuh kecukupan.

Oleh itu, wahai ikhwah akhawat yang dicintai kernaNya,
cintakanlah Dakwah dan Tarbiyyah dengan sebenar-benar cinta.

Nescaya engkau akan merasa sangat bahagia,
menanti-nanti janjiNya yang bakal mendatang.







...

Okay.

Tiba-tiba dah habis tulis.

Assif sekiranya tak mencapai tahap penjelasan yang sepatutnya.
InsyaAllah, satu hari nanti akan redo post ini.
T.T












No comments:

Post a Comment