Thursday, April 24, 2014

DA'IE PAK PANDIR

“Akhi, baca an-nisa ayat 118 – 119”

“120 sekali alang – alang”

Whatsapp yang ku terima dari orang jauh

Setelah seharian berlalu, tuhan berikan peluang untuk tadabbur ayat ini.

“..yang dilaknati Allah, dan (setan) itu mengatakan “aku pasti akan mengambil bahagian tertentu dari hamba – hambaMU, dan pasti akan kusesatkan mereka, dan akan kubangkitkan mereka dengan angan – angan kosong dan akan ku suruh mereka memotong telinga – telinga binatang ternak (dan mereka benar – benar memotongnya), dan akan kusuruh mereka mengubah ciptaan Allah, (lalu mereka benar – benar mengubahnya).” Barang siapa menjadikan setan sebagai pelindung selain Allah, maka sungguh dia menderita kerugian yang nyata. (Setan itu) memberikan janji – janji kepada mereka dan membangkitkan angan – angan kosong pada mereka, padahal setan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka

Sebagai disklemer, ia hanya satu tadabbur dari seorang manusia yang baru ingin membersihkan diri ini. Terpulang untuk tolak mahupun terima tadabbur ini. Moga bermanfaat.

Antara beberapa point yang ingin saya share kan:

Tidak akan sekali kita diredhai, iman kita

Setan tidak akan sesekali meredhai iman kita. Bila kita bermula untuk berubah, dia akan mula gatal – gatal, tak senang duduk tak dapat terima kita ingin kembali semula kepada tuhan. Dia kehilangan rakan untuk dibawa bersama  ke neraka.

Perkara yang syubhah

Syaitan tidak akan sesekali berhenti untuk mengheret kita bersama mereka. Bermulanya dengan perkara yang diringan – ringankan, diteruskan dengan perkara yang syubhah sehinggalah kita melakukan perkara yang haram, dengan rela diri!

Orang yang bertaqwa itu menjauhi syubhah

Ats- tsauri berkata:

“Ada pun sesungguhnya ketinggian orang – orang yang muttaqin ini adalah mereka yang meninggalkan barang apa yang tidak diketahui (akan keharamannya)”

Syaitan tidak akan berhenti dalam berusaha, dan mereka bijak, mengenali mad'u mereka dengan baik, mengetahui kelemahan mad'u mereka. Dan mereka akan menyerang mad'u mereka apabila mad'u mereka tidak bersedia, mereka sentiasa tidak akan lalai atas kelalaian mad'u mereka. 

Mereka hinggap di hati kita dan menunggu untuk mengadakan serangan gerila, menghancurkan kita ketika kita tidak bersedia dengan pertahanan. Inilah hakikat yang diajar tuhan kepada kita dalam surah an – nas supaya kita lebih bersedia.

Bijak syaitan ini, dia akan serang kita pada tempat yang menentukan siapa diri kita.

Rasulullah bersabda:

“……ketahuilah  bahawa setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati

Hati ini jugak digunakan untuk menentukan kelurusan agama kita, berarti istiqamahnya kita pada agama

“tidak akan lurus agamamu selagi mana hatimu tidak lurus”

Formula yang mudah, inginkan agama yang lurus, perlunya hati yang lurus, inginkan hati yang lurus, perlunya kepada jauhi syubhah. –quoted.

Angan – angan kosong

Angan – angan: segala apa yang kita fikirkan dan tidak dijadikan suatu amalan.

satu adegan yang mungkin telah berlaku
"akhi, ana target budak ini",.......seminggu kemudian....sebulan kemudian....setahun kemudian.."eh, apa jadi dekat adik yang anta target?"

Begitu juga yang terjadi pada yang lain "akhi, ana cadang nak masuk sekolah ini, berpotensi gayanya", juga ini "kalau aku tarik budak ni, mesti lagi ramai join usrah, anasir tagyir budak ni", juga yang ini "aku nak baca buku ini, aku nak setadi ini" dan lain - lain... dan yang paling lejen, "cuti ini, aku nak belajar, nak perbaiki grade aku, aku nak hafal quran" sampai habis cuti... apa jadi cuti? *kuis - kuis tanah.

Kata abu ammar, syeikh muntalaq:

“tarikan syaitan yang menghiaskan futurnya dan menjadikannya cinta kepada dunia. Menyebabkan dia dalam keadaan lalai, malas, panjang angan – angan dan berlengah – lengah untuk belajar apa yang dia jahili”

 Ramai kader –kader dakwah yang banyak berfikir tentang masalah ummat. Cara –cara untuk memperbaiki ummat yang sedang tenat. Namun jarang sekali kita jumpa dengan suatu figur yang dia lakukan apa yang dia fikirkan, kebanyakkan kita hanya berhenti pada memikirkan.  Ketahuilah bahawa fikiran – fikiran kita tidak akan bermanfaat sekiranya ia tiada seiring dengan amal.

Abu ammar meletakkan angan – angan yang panjang di dalam salah satu daripada futurnya seorang al – akh. Kerna dia hanya reti berfikir dan tidak memanifestasikan ia sebagai satu amal. Hanya dengan amal sahaja yang mampu untuk menggerakkan ummat ini. Lihatlah Lenin, penggerak kepada ideology komunisme yang ditulis oleh Karl Marx. Suatu buah pemikiran itu akan Berjaya dengan adanya penggerak, tiada guna penulisan yang panjang berjela – jela dan tiada penggerak untuk menggerakkannya. Jadilah kita, kader yang amaliyun!

Oleh itu ikhwah, sentiasalah bersama dalam keadaan waspada. Wajibkanlah diri menghadiri jilsah – jilsah tafakkur (majlis – majlis berfikir) untuk sama – sama meneropong diri, untuk sama – sama muhasabah diri, agar sentiasa berada dalam keadaan keimanan.

Ikhwah, kita tidak pernah kuat dalam berseorangan, perlunya berada dalam satu kumpulan yang sentiasa mengingatkan kita kepada keimanan kerna hakikatnya, kita takkan lari dari terkena dengan tarikan syaitan ini, kerna ia adalah satu sunnatullah yang akan sentiasa berulang – ulang. Tidak akan berhenti sehinggalah nyawa kita ditarik daripada jasad kita.

Sekiranya manusia itu mampu untuk menyerang dari setiap arah seperti yang diceritakan dalam kisah perang tabuk, dalam surah al – ahzab, keadaan ummat ketika itu, penglihatan mereka terpana, dan hati mereka sesak sampai ke tenggorokan, ketika itu hati mereka diguncang dengan guncangan yang sedahsyat – dahsyatnya.  Ini baru manusia, yang menyerang dari beberapa arah sahaja. 

Ikhwah, kita berbicara dengan satu peperangan, yang musuhnya adalah syaitan, yang akan menyerang kita dari setiap inchi arah yang mereka boleh masuki. Sepatutnya perasaan kita jauh lebih cemas dari para sahabat kerna mengetahui hakikat musuh kita atas kemampuan mereka.

Tambahan, mereka ini hidupnya sudah lama, mereka punya asset pengalaman yang cukup solid untuk menjatuhkan kita. Dan sayang, kita pula masih fikir kita kuat untuk berdiri berseorangan, cukup dengan tarbiyah dzatiyah. Kita ini bongkak! Bajet kuat! Cukup angkuh! Siapalah kita nak dibandingkan dengan musuh yang jauh hebat kelengkapan mereka. Oleh itu, saya menyeru kita untuk sentiasa bersama – sama dalam satu kelompok yang mampu membantu kita untuk menang peperangan ini.

Ini bukan sesuatu yang remeh temeh, sekiranya kita ambil ini sebagai sesuatu yang remeh, nescaya usaha kita untuk mengharunginya juga akan menjadi ala kadar, tiada seriusnya dan nescaya teruklah kita dikalahkan.

Moga Allah jadikan kita dalam golongan yang ikhlas dalam beramal !






1 comment:


  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    ReplyDelete