Komen
Sayyid Qutb dalam tafsir beliau mengenai surah Al ‘Aadiyat;
“Allah swt
bersumpah dengan kuda-kuda perang dan menggambarkan pergerakan pergerakan satu
demi satu bermula dari lariannya yang pantas dengan suara nafasnya yang
mendengus kencang dengan hentakan tapak kakinya yang mengeluarkan bunga-bunga
api, kemudian menggempur musuh dengan serangan kilat di waktu pagi dalam
kepulan-kepulan debu menyebabkan barisan musuh kacau-bilau dan hiruk ,
berpikuk”
Begitulah
gambaran dan suasana surah ini di permulaanya. Ia membawa kita ke situasi
perang, yang sentiasa bersedia, pantas, bersegera dengan larian-larian yang
kencang dan menunggu-nunngu untuk mara menentang musuh. Satu suasana yang
membangkitkan.
Ia persis kesan
didikan al quran kepada jiwa manusia yang kosong dari dorongan iman, ia
membangkitkan, menyedarkan dan mengerahkan seluruh azam dan kemahuannya, supaya
bersegera, bertindak pantas menghadapi permasalahan hari ini.
Dalam al
quran, ada banyak ayat yang memotivasikan kita untuk bersegara, berlumba-lumba,
bertindak pantas, cepat dan sentiasa bersedia. Namun begitu, ada titik
perbezaan yang nyata di antara bertindak pantas, bersegera atau berlumba-lumba
dengan tergopoh-gopoh mara tanpa perancangan dan waktu yang tepat.
Kita sering
keliru di antara bersegera dan tergopoh-gopoh tanpa persedian yang rapi.
Bahkan, kata orang, victory loves preparation. Tetapi, itulah yang berlaku,
lebih-lebih lagi dalam proses membina objek dakwah (mad’u) kita. Atau dalam
konteks yang lebih besar, dalam usaha mengembalikan kekuasaan membimbing
masyarakat hari ini dengan Islam.
Komen Imam
Al Banna tentang hal ini seperti yang diungkap oleh Sehikh Jum’ah Amin pula;
“Imam al Banna berkeinginan
mematangkan langkah langkahnya, tidak terburu buru dan serampangan dalam semua
tahapan karena alasan untuk meraih kekuasaan. Beliau berkeyakinan bahawa
barangsiapa yang memetik buah sebelum masak tidak akan bisa menikmatinya.
Sedangkan kekuasaan itu hanyalah sarana penegakan
syariat Allah bukan tujuan. Memegang kekuasaan tanpa kekuatan pengislaman dan
penundukan di bawah realiti Islam atau tanpa kemampuan kelua dari berbagai
persoalan akan mementahkan projek islam, memperburuk cita islam dan akan dicap
sebagai sistem yang gagal”
Sebelum mengajak mad’u kita untuk
bersama-sama dengan kita melaksanakan amal Islami yang bergerak, bersifat
haraki yang kita sudah sedia imani, ada tiga jenis ikatan yang perlu kita bina
terlebih dahulu, secara bertahap dan perlahan sesuai dengan penerimaan mereka.
Ikatan Hati.
Ya. Pertama-tama sekali ialah membina
hubungan atau ikatan hati yang padu dengan mad’u kita. Ia merupakan suatu
proses yang panjang dan berterusan, membutuhkan perngorbanan masa, wang,
fikiran dan paling penting untuk mengorbankan ego. Ia bukan proses sehari dua,
tidak sekadar berlaku di alam maya mahupun tidak dapat diraih sekadar dengan
pendekatan material semata.
Untuk ini, para du’at, pekerja Islam
yang haraki ini perlu turun padang mendampingi mad’u. Duduk bersama mereka,
santuni dan peluklah mereka dengan pelukan yang erat dan mesra. Tidak sekadar
mengedar fliers, tag nama mereka di alam maya mahupun menghantar surat atau
email layang.
Ikatan hati sangat penting sebagai
asas kepada langkah seterusnya. Bahkan, langkah terawal yang dibuat oleh
Baginda ar Rasul setelah hijrah ke Madinah adalah menyatukan muhajireen dan
ansar sebelum mengajak mereka bersama-sama dalam amal Islami yang mendatang.
Ikatan Fikrah (Pemikiran)
Dalam usaha ini, kita cuba
menyampaikan ‘wasiat dakwah’ ini kepada para mad’u agar mereka yakin dan ingin
bersama kita. Semasa tahapan ini, kita harap, mereka melihat dunia hari ini,
tanggunjawab dan tuntutannya sebagaimana yang kita lihat, pastinya melalui kaca
mata Islam berpandukan Quran dan Sunnah.
Ia juga merupakan proses yang
panjang dan perlahan yang biasanya berlaku dalam halaqah-halaqah yang
dijalankan secara berkala. Hampir mustahil fikrah dan pemikiran ini dapat
dibentuk sekadar di program umum mingguan, di aktiviti aktivit riadah, mahupun
di konsert konsert amal. Meskipun ada ruang yang boleh digunakan namun tidak
boleh tidak bagi para du’at haraki untuk menyampaikannya dalam halaqah
bimbingan mereka.
Sekiranya hubungan hati sudah
mantap, kebiasaanya ikatan fikrah dapat dihubungkan dengan lebih mudah. Tanpa
hubungan hati, pengisian fikrah ini akan menjadi kering dan menyebabkan mad’u lari. Sekiranya mad’u kita tidak bersetuju
dengan ideology yang dikemukan, itu adalah haq dia untuk menolak.
Kita pula tidak boleh melenting,
unfriend di facebook, bermasam muka bahkan menulis status status berbau
permusuhan. Sepatutnya di awalnya kitas sudah bersetuju untuk tidak bersetuju.
Ia mungkin berlaku, tetapi dengan hubungan hati yang mantap, ukhuwah Islamiyah
pasti kekal, persis ahli politik yang berbeza parti tapi masih boleh sama-sama
mengeteh!
Ikatan Tanzimi
Ikatan tanzimi ialah terikat dengan
organisasi, dalam melakukan amal-amal Islami. Tidak kiralah apa organisasi
sekalipun. Apabila mad’u sudah yakin dengan fikrah yang disampaikan, dan tekad
mahu bersama kita, itulah waktu yang baik untuk mengajak mereka bersama dalam
satu organisasi, untuk bekerja secara beramai-ramai, mengikut garis panduan
yang ditetapkan.
Inilah yang dikatakan tidak
tergopoh, tetapi bersegera. Bersegera dalam erti kata-kata sentiasa memastikan
iman dan amal kita berada dalam waktu puncak. Sentiasa meggembleng usaha ke
arah membina ikatan-ikatan ini tetapi bertindak dengan siuman dan realistik
dengan masa, tanpa tergopoh gopoh.
Kerananya, memang reality yang
berlaku, ramai yang terlebih dahulu diajak untuk terus bersama ikatan tanzim
tanpa memahami fikrah yang dibawa. Lalu berkumpullah skumpulan manusia yang
tidak faham dengan amal Islami yang hendak lakukan. Maka kucar kacir la amal
Islami yang sepatutnya tersusun dan berfokus itu.
Ada juga yang diajak mengimani
sesuatu fikrah secara keras dan tegas tanpa hubungan hati, lalu berlakulah
permusuhan, baik di dunia realiti mahupun di alam maya.
Maka saudara,
Berbekalkan tema yang dibawa oleh surah al ‘Aadiyat ini,
marilah kita lipatgandakan usaha, sentiasa bersedia untuk disusun dan bersegera
dalam melakukan amal Islami kita, tetapi dengan perencanan yang rapi, mengikut
kadar masa yang realistik serta tahapan yang sesuai.
Jadilah kuda-kuda perang yang pantas atas jalan dakwah
tetapi tidak tergopoh gopoh kerana yang kita ingin bina bukan sekadar pengikut
mahupun penepuk tangan, tetapi calon murshid dan calon imam yang akan memimpin
ummat di masa depan!
ps : Macam agak random
Hud Hud Hud
No comments:
Post a Comment