Saturday, April 19, 2014

ATAS NAMA UKHUWAH


Ukhuwah. Banyak sangat sudah kita dengar dan mungkin kita bicarakan. Tentang 'ukhuwah'. Lebih-lebih lagi buat mereka yang sudahpun berada di dalam sistem tarbiyah dan dakwah.

Ukhuwah juga dirasakan ada pada semua orang bahkan yang tak kenal pun tarbiyah. Mungkin didefinisikan dengan term yang lain. Seperti 'brader-brader' atau 'buddies selamanya' atau 'BFF' dan sebagainya. Yang pastinya, mereka merasakan kebersamaan itu.

Terlalu banyak jenis ukhwah, i can say. Ukhuwah shopping, ukhuwah Dota, ukhuwah mengopi, ukhuwah pakcik-pakcik pencen, ukhuwah team makcik-makcik marhaban dan sebagainya. Okay. Mungkin kita tak panggil itu ukhuwah. Seperti yang kita faham dan cuba maksudkan. Tetapi, yang pastinya setiap satu ukhuwah itu ada dasarnya yang tersendiri. Dan dasar tersebut tiada duanya.

Ukhuwah fillah. 'Ukhuwah' di atau pada atau dalam 'Allah'. Kenapa tidak disebut 'ukhuwah wallahi' ataupun 'ukhuwah lillah'? Kerana ukhuwah kita itu di dalam lembayung cinta Allah SWT. Di mana kita mencintai saudara kita tidak lain hanyalah untuk meraih cinta Allah SWT.



Bilamana kita sebut 'dakwah itu cinta', apa yang aku terfikir ialah, kita cinta kepada sasaran mad'u kita. Then, kita cuba approach atau dakwah fardiyah dia ke arah mendekati Allah SWT. Hanya semata-mata kerana kita tahu bahawa Allah akan mencintai kita. Dengan itu sahaja kita dapat meraih cinta Allah. Memang benar, Allah bersifat Ar-Rahman kepada semua manusia dan makhluk keseluruhannya. Tapi, sifat Ar-Rahim Allah itu hanyalah bagi orang-orang yang Dia kehendaki.

FirmanNya yang membekas ke dalam hati pastinya firman-firman yang berkaitan dengan cinta, dengan hati. Hakikatnya, banyak yang berkaitan dengan hati. Maka kenapakah kita masih tidak mencari dan cuba memahaminya? Kata mahu masuk syurga, tetapi cinta Allah diletak tepi. Sedangkan tiket syurga itu hanyalah disebabkan rahmat atau cintaNya.

Ukhuwah dalam Islam. Muslim itu berbagai macam. Aku melihat sekeliling ketika khutbah solat Jumaat. Mungkin mereka ini melakukan ibadah yang sama. Mungkin juga baju atau jubah yang sama. Tapi, mereka kelihatan tidak bersatu. Akidah Islam masing-masing tidak sama. Dari segi apa? Dari segi kefahamannya.

Ukhuwah. Moga didasari dengan cintaNya. Kalau tidak, tidak ke manalah kita. Satu ikatan yang menjanjikan bahawa kita takkan berpisah sehingga ke akhirat dan syurga akhirnya. InshaAllah.

Moga kita tsabat.




hudhudkacak
18042014

No comments:

Post a Comment