Muharrik. Berasal dari perkataan haroka yang membawa maksud kata lawan daripada
perkataan diam. Muharrik pula pada dasarnya bermaksud penggerak. Namun,
definisi penggerak manakah yang menepati maksud yang cuba ditekankan di sini.
Muharrik dakwah? Mungkin ya dan mungkin tidak. Eheh.
Apa pula definisi muharrik dakwah?
Mereka yang bergerak dalam melaksanakan dakwah mereka? Ya. Tapi sejauh mana ia applicable? Sejauh mana ia dilaksanakan
dalam konteks yang tepat. Jangan hanya melihat sesuatu tanpa bukti ibaratnya
kita mengikut sesuatu fahaman tanpa cuba untuk memahaminya. Taklid buta orang
kata. Tidak wajar jika kita hanya sekadar taklid buta, sebaliknya cuba untuk
memahaminya berdasarkan bukti yang sahih dan soreh.
Sirah merupakan bukti terbaik dalam menggambarkan apa itu muharrik dakwah. Jika kita telusuri satu persatu sirah islamiyah, saya yakin dan pasti bahawa contoh-contoh mereka yang bergelar muharrik mempunyai persamaan dari segi yakinnya mereka akan islam. Iman mereka bukan iman palsu. Jihad mereka hanya untuk Yang Satu. Menjadi singa di siang hari dan rahib di malam hari.
Sirah merupakan bukti terbaik dalam menggambarkan apa itu muharrik dakwah. Jika kita telusuri satu persatu sirah islamiyah, saya yakin dan pasti bahawa contoh-contoh mereka yang bergelar muharrik mempunyai persamaan dari segi yakinnya mereka akan islam. Iman mereka bukan iman palsu. Jihad mereka hanya untuk Yang Satu. Menjadi singa di siang hari dan rahib di malam hari.
Ketika mana Saidina Umar al-Khattab
radiallahu anhu menggalas tugas khalifah, betapa tegas dan tekadnya beliau
dalam terus menerus menyebarkan Islam sehingga ke negeri barakah, Palestin.
Menjadi tua dimamah usia melampau umurnya, beliau menghabiskan masa siangnya
dengan memikirkan hal-hal umat Islam manakala beliau menutup tirai malamnya
dengan ibadahnya kepada Tuhan Yang Esa.
Berhenti? Tidak. mereka tidak sekali
berhenti. Selesai satu urusan, beliau akan terus ke urusan lain kerana seorang
mukmin as-saddiq itu sewajarnya sedar akan sedikitnya masa yang ada berbanding
dengan umur yang dimiliki. Penat? Rehat mereka hanya di syurga. Bilal bin Rabah
radiallahu anhu pernah berkata bahawa rehat baginya adalah ketika solat. Allahu
Rabbi. Kecil, kerdil, lemahnya kita jika hendak dibandingkan dengan mereka.
Kita cedok pula kisah Abu Bakar
as-siddiq radiallahu anhu. Ketika mana Saidina Umar menginfakkan separuh
hartanya, Abu Bakar menginfakkan semua hartanya without any hesitation. Ya. Tanpa mengira apa yang masih tinggal
untuk diri dan keluarganya. Pengorbanan. Seorang muharrik dakwah itu akan
mengorbankan apa yang paling disayangi yang ada padanya semata-mata kerana
dakwah, semata-mata mencari secebis redha Allah.
Pernah dengar ‘tarik tali’ dalam
dakwah? Ia membawa erti bahawa seseorang itu hanya ingin melakukan amal-amal
dakwah ini hanya pada masa lapang. Hanya ketika dia mempunyai lebihan masa.
Hanya ketika dia memiliki masa-masa kosong yang jika tidak diisi dengan amal
dakwi, ia akan diisi dengan jahiliyah. Seronok ber ‘jimba’ dalam gerabak dakwah
ini. Naik dan turun. Keluar dan masuk. Usrah hanya ketika naqib datang dengan
tangan yang penuh makanan. Usrah hanya untuk memenuhi kehendak diri. Alangkah
indahnya.
Jauh. Mungkin kita masih jauh lagi
jika hendak dibandingkan dengan dakwah Rasulullah sallalahu alaihi wasalam. Eh
tidak. Jauh jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan para sahabat radiallahu
anhu. Nanti dulu. Sangat jauh juga jika hendak dibandingkan dengan istiqamah
para tabi’ tabi’in. Sekejap eh. Kalau nak dibandingkan dengan Ikhwanul Muslimin
pun masih angan-angan je kot. Kalau macam tu, kita nak bandingkan dengan siapa
ni?
Hakikat dakwah ini bukanlah hanya
didatangi dengan bunga dan kesenangan semata. Tidak cukup jika hanya dengan
makan-makan. Tidak lengkap jika hanya dengan flash mob dan ceramah umum. Tidak berjaya tanpa usaha, strategi dan
fikrah islamiyah yang sahih. Perlunya fokus. Perlunya iman as-saddiq. Perlunya
muharrik bersemangat rijal. Pendokong-pendokong islam yang tidak pernah kenal
erti menyerah. Kader-kader islam yang sentiasa teguh ketika mana islam jatuh
dihempas ke bumi.
Bagaimana
untuk menjadi rijal yang sebegitu. Seakan-akan mustahil bukan? Tidak.
Sekali-kali tidak. Bahkan ia merupakan suatu realiti yang mampu dicapai.
Menjadi sesuatu yang luar biasa memerlukan usaha yang luar biasa. Tidak cukup
jika hanya dengan melaksanakan perkara kebiasaan atau mutabaah amal sahaja.
Iman
mutabaah amal tidak akan membentuk kita menjadi sesuatu di luar norma. Kita
perlu lebih. Laksanakan lebih dari apa yang kita mampu. Kita sering berceloteh
bahawa kita hanya mampu baca dua juzuk sehari. Hanya mampu bawa dua usrah
seminggu. Hanya mampu hafal dua muka surat sehari. Benarkah itu tahap kemampuan
kita? Padahal, Allah tidak pernah meletakkan had seseorang hambaNYA. Betapa
yakinnya kita bahawa kita tidak mampu. Dakwah dan tarbiyyah mengajar kita untuk
menjadi lebih dari kebiasaan kita. Keluar dari comfort zone kita. Cuba dan cuba lagi. Jangan berhenti walau
sekali. Do extraordinary things to be
something. Kerana akhirnya kita takkan pernah tahu apa yang kita mampu
capai. Cukup ke nak masuk syurgaNYA dengan menjadi Muharrik Mutabaah Amal?
cek sket! |
- hood hood -
No comments:
Post a Comment