Monday, March 31, 2014

MASIHKAH PUNYA MASA?



Detik demi detik.
Saat demi saat.
Minit demi minit.
Jam demi jam.
Hari demi hari.
Bulan demi bulan.
Tahun demi tahun.

Masa itu tidak akan berhenti,
Kian lama kian laju,
Menghitung detik dan waktu,
Tak pernah sekali ia berehat.

Siang bertukar malam,
Pagi bertukar petang,
Dari timbul hingga tenggelamnya mentari,
Dari terang hingga gelapnya bumi.

Merasa penat tidak sekali,
Ingin berehat apatah lagi,
Tetap berputar tanpa lelah,
Tanpa alasan untuk beralah.

Demi Masa!
Sumpah Tuhan ku.

Demi Siang!
Kata Rabb ku.

Demi Malam!
Janji Malik ku.

Demi Fajar!
Ucap Ilah ku.

Demi Dhuha!
Ikrar Khaliq ku.

Acap kali KAU bersumpah dengan masa,
Agar manusia bangun dari lena,
Sedikit sekali membuka mata,
Melekat di hati merombak makna.

Alpa pabila jahiliyah menerpa,
Seakan-akan kau punya masa,
Di saat Izrail datang menyapa,
Biru mukamu pucat segala.

Tiada jalan melainkan satu,
Pimpin manusia sembah Yang Satu,
Amal dakwimu dihitung neraca,
Amal nafsimu tidak dilupa.

Jangan nafsu keraskan hati,
Kerana mati itu pasti,
Jangan kau lengah esok lusa.
Adakah kau masih punya masa?


No comments:

Post a Comment