Acapkali, kita akan memulakan suatu perbicaraan ataupun majlis dengan ucap syukur dan memuji-muji Allah SWT. Kadang aku terfikir, "Oh, ini memang formatnya kalau nak berkata-kata."
Allah sebut baaaanyak kali dalam surah Ar-Rahman, "Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan? " Hakikatnya kenapa? Sebab memang banyak nikmat Allah SWT yang kita dustakan.
Cuba kita hayati nikmat yang Allah SWT beri kepada kita. Cuba kita tarik nafas sedalam-dalamnya. Dalam lagi. Dalam lagi. Sampai kita rasa sesak nafas. Tahan sampai anda rasa tak mampu lagi. Apa perasaan kita sewaktu kita sesak nafas itu? Sedarlah bahawa bernafas itu pun salah satu nikmatNya yang kalau kita fikir, mungkin klise tapi kita jarang syukuri. Sangat jarang. Manusia. Bila tak ada, baru tahu nak bersyukur. Memalukan. Sungguh kita hina. Hina di hadapanNya.
Taufik dan hidayah yang Allah beri kepada kita juga adalah nikmat daripadaNya. Bayangkan hidayah Allah ini seperti nikmat bernafas juga. Pasti kita tercungap-cungap kan? Mengharap untuk dapat bernafas semula? Tapi, malangnya, nikmat hidayah disiakan begitu sahaja. Hidayah itu datangnya dari Allah SWT. Bila Allah nak bagi, Allah akan bagi. Bila Allah nak tarik semula, bila-bila sahaja. Kun fayakun! Jadi, berpegang teguhlah. Dengan tali Allah. Tali yang membawa kita ke syurga dan betemu denganNya.
Persoalannya, bagaimana kita hendak memaknai syukur? Yang pastinya, kita kembalikan semuanya kepada Allah. Untuk apa kita guna harta kita? Ke jalan Allah. Kita makan kerana Allah. Kita dapat hidayah, kita bawa orang lain juga mendapatkan hidayah itu, hanya kerana Allah.
Selamat beramal dan teruskan berdoa supaya Allah kurniakan istiqamah dan tawadhu' dalam hati kita. supaya kita tergolong dalam kalangan orang yang paling bertakwa.
hudhudkacak
24032014
No comments:
Post a Comment