Poke.
Mengikut defnisi
Concise Oxford Dictionary-Tenth Edition, poke dari segi verb nya ialah jab or
prod with a finger or a sharp object. Dalam bahasa Sepanyol, poke ialah atizar
manakala dalam bahasa Peranchis pula poke diterjemah sebagai pousser. Dalam bahasa
Latin poke adalah latus podico manakala dalam bahasa Belanda pula adalah
stekken.
Baiklah, terima kasih kerana sudi membaca.
Bagi yang
sudah lama berkecimpung dalam dunia Facebook, ada suatu permainan atau
application yang di namakan sebagai Poke. Seorang pengguna facebook bolehlah
menekan ‘Poke’ sebagai hint untuk menegur kawan alam mayanya yang lain. Biasanya
yang menggunakan Poke ini ialah mereka yang ingin menegur kawan lama ataupun
mereka yang tiada kerja. Err.
Apabila seseorang
di’poke’ maka akan keluar la notis poke dan jika ditekan kepada link notis
tersebut, pengguna akan dibawa ke senarai individu yang telah menge’poke’
beliau tapi malangnya ‘poke’ mereka tidak dibalas. Poke balas ialah, poke back.
Untuk
menghayati makna ‘poke’ yang lebih hidup, mari kita baca kisah berikut;
--------
Pada suatu
hari Selasa yang suram, usai kelas tamat kurang lebih pada Jam 6 Petang, Ana
telah memilih untuk pergi membeli ticket bus untuk pulang ke kampung pada
hujung minggu yang sama. Entah macam mana, hendak dijadikan cerita, Ana
terdengar seorang kawannya juga mahu membeli ticket bus, di stesen yang sama,
maka Ana menyurakan keinginannya. Maka mereka pun bersama-sama ke Stesen
Hentian Putra untuk mendapatkan ticket masing-masing.
Pada mulanya
mereka menaiki Bus RapidKL B103 dari Bangunan Yayasan Selangor, maklumlah bilik
kuliah Ana dan kawan Ana terletak di bangunan yang tersergam indah itu,
kemudian turun di pusat Bandar Titiwangsa. Dari situ keduanya sekali lagi
menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu LRT atau Light Rail Transit
dari Stesen Titiwangsa menghala ke arah Stesen PWTC yang hanya jarak satu
stesen.
Kedua Ana
dan kawanya merupakan rakyat Malaysia contoh kerana menyahut seruan kerajaan
untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Syabas dan tahniah diucapkan.
Setibanya
di Stesen PWTC, Ana dan kawannya berjalan menghala ke Stesen Hentian Putra yang
merupakan antara Stesen Bus perjalanan domestic yang terbesar di Ibu Negara. Setibanya
di sana, mereka melakukan urusan jual beli. Usai membeli ticket masing-masing,
Ana dengan berat hati memberitahu kawannya bahawa mereka terpaksa berpisah di
situ.
Ini kerana
Ana akan berjalan ke Stesen Komuter KTM hentian Putra untuk ke UKM pada petang
itu juga. Mereka pun berpisah. Jam sudah menunjukkan pukul 6 setengah, kurang
lebih. Dari sinilah bermulanya kisah epic Ana pada hari itu.
Dalam perjalan
dari stesen bus ke stesen KTM, seorang lelaki warga tempatan telah menegur Ana.
Kemudian dia berjalan disisi Ana, menemani Ana ke stesen KTM. Berikut merupakan
perbualan mereka yang sempat dirakam.
“Bro, nak balik mana Bro?”
“Tak balik lagi pun, beli ticket je” Ana
ingatkan lelaki tersebut antara driver taxi yang nak tawarkan taxi
masing-masing. Sebab Ana ini memang muka public transport.
“Macam ni Bro, aku baru lepas dari penjara ni,
dah lama tak makan, kau ada lima ringgit tak. Kau kasi lima ringgit aku kasi
earphone BB ni haa?” Lelaki itu mengeluarkan earphone BB bewarna hitam dari
pocketnya. Ana mula nervous. Mukanya merah.
“Err, tapi aku pakai Samsung”
“Alaa, kau ambil jela, pasni kau jual la kat
sapa-sapa. Tapi aku rasa soket dia sama je.”
“Ok la. Aku takde duit kecil Bro, ni kau ambil
10 ringgit, pergi makan. Earphone kau simpan ek. Nama kau sapa?”
“Aku Jai. Betol ni bro? halal?”Terkejut
Ana. Amboi tanya halal pula.
“Mesti la halal Jai, Melayu tolong Melayu” Err.
Kuat betul semangat Kemelayuan Ana. Sepuluh ringgit dihulurkan.
“Terima kasih Bro. Nama kau sapa?”
“Aku..Ahmad. Ok jumpa lagi” Sebenarnya kalau
boleh Ana dah tak nak jumpa dia.
“Ok”
“Eh jap Jai, alamak aku memang dah takde baki
la. Nanti aku nak beli ticket KTM, nak dinner lagi. Tadi aku baru beli ticket
bus. Tak cukup ah, kau ada dua tiga ringgit tak?”
“Kau ni, tak kan takde duit”
“Eh betol la Jai, vaucer buku je aku ada ni”
Jai hulur
tiga ringgit dari sakunya. Kemudian berlalu pergi.
Baik juga hati Jai. Kalau tak memang Ana tak naik KTM hari tu, untuk pertemuan
halaqah di Bangi.
Kedua mereka
berlalu pergi, ke haluan masing-masing.
Ana
memuhasabah. Ana yakin mesti ada hikmah kenapa diutus Jai untuk menegurnya. Lantas
Ana baru teringat, minggu lepas mereka satu usrah ada set satu mutabaah baharu
yakni infaq sekali seminggu, dan untuk minggu itu, infaq Ana belum keluar. Mungkin
Allah sedang ‘poke’ Ana.
Setiba di
tangga untuk turun ke stesen KTM, ana terserempak dengan seorang peminta sedekah
di kaki lima, lantas dihulurnya sejumlah wang.
Begitulah kisah
Ana. Dan Poke.
Dan Jai.
Dan Jai.
Antum sudah
infaq ke belum ?
Persoalannya,
Ana bukan Ana Raffali, bukan juga Ana Ivanovic, tapi hanya insan biasa yang
gemar menaiki kenderaan awam. Siapakah Ana ?
Ana,
Si Pelanggan Public Transport Tegar
1832
Si Pelanggan Public Transport Tegar
1832
No comments:
Post a Comment