Saturday, August 2, 2014

Ajarkan aku erti kasih sayang

Ajarkan aku erti kasih sayang
Berkasih sayang bukan kerana terpaksa tetapi rela

Ajarkan aku erti kasih sayang
Menegur bukan kerana ego
Tetapi kerana sayang takut mereka tersalah

Ajarkan aku erti kasih sayang
Menyampaikan sesuatu kerana sayang bukan kerana aku lebih baik dari mereka

Ajarkan aku erti kasih sayang
Membawa persahabatan sampai ke pintu syurga bukanlah ke pintu neraka

Ajarkan aku erti kasih sayang
Layanan baikku untuk adik adik usrah mampu untuk ku layanan sebegitu kepada keluarga sendiri

Ajarkan aku erti kasih sayang
Berusaha sehabis baik untuk kebaikan lain sehingga aku terlarut membantu mereka

Ajarkan aku erti kasih sayang
Tidak berhenti dalam mendoakan kebaikan untuk mereka, takutkan mereka terlarut dengan dunia

Ajarkan aku erti kasih sayang
Membimbing mereka sehingga mereka menjadi lebih baik dan terus menjadi lebih baik

Ajarkan aku erti kasih sayang
Sentiasa melihat kebaikan dalam mereka sehingga aku mampu mengeluarkan yang terbaik dari mereka

Ajarkan aku erti kasih sayang
Inginkan kebaikan untuk mereka seperti mana aku ingin yang terbaik untuk diri

Ajarkan aku erti kasih sayang
Mendahulukan mereka atas apa yang aku sayangi melebihi keperluan aku terhadap sesuatu

Ajarkan aku erti kasih sayang
Beradab dan melayani mereka dengan cara yang mereka sukai bukan dengan cara yang aku sukai terhadap mereka

Ajarkan aku erti kasih sayang

Ajarkan aku erti kasih sayang

Dan teruslah ajarkan aku erti kasih sayang

Maka teruslah ajarkan aku erti kasih sayang

Lagi, janganlah engkau berhenti ajarkan aku erti kasih sayang

Jika benar engkau menyayangi aku

Monday, July 14, 2014

Berprasangka

Assalamualaikum akhi, anta apa khabar?”

Waalaikumsalam, Alhamdulillah baik, ni ada apa – apa ke message?”

Atau pun,

Weh, apa khabar?”

haa, ni mesti nak kasi aku kerja ni (sambil membuat muka)

Atau pun,

Kau ok ke?”

err.. kau dah kenapa tanya aku ni?”

Atau pun soalan yang sepesen dengannya. Bila kawan kita atau ikhwah bertanyakan khabar kepada kita, soalan manusiawi yang datang daripada seorang insan yang sayangkan sahabatnya, apakah reaksi kita? Reaksi yang bagaimanakah kita balas? Atau mungkin, perasaan yang bagaimanakah yang kita rasa? Pernah berlaku situasi di atas kepada kita? Pernah terlintas perasaan yang sebegitu kepada orang yang bertanya? Cukup berlapang dadakah kita demi merasai bahawa kawan kita benar – benar mengambil berat tentang keadaan kita? Benar – benar sayang pada kita?

Sudah cukup kesahkan kita pada mereka seperti mana mereka benar – benar kesah pada kita. Bila mana kita ada masalah, mereka sanggup tinggalkan segalanya untuk membantu kita? Sesuatu yang mungkin kita fikir tidak praktikal, tetapi pernahkah kita acknowledge apa yang sedang mereka usahakan untuk kita? Masih punyakah hati kita kepada mereka yang ini?

Mari kita ambil sedikit masa untuk bermuhasabah

Apabila seorang al – akh itu mempersoalkan atau merasai ikhwah ada perancangan atau tidak senang dengan soalan manusiawi yang dilontarkan kepadanya, itu adalah tanda masih belum ada lagi ukhuwah di antara mereka. Kerna akhirnya, tangga pertama kepada ukhuwah itu ialah berlapang dada. Bagaimana ukhuwah itu mampu terjalin sekiranya tiada berlapang dada di antara ikhwah sendiri. Inilah satu simptom yang ketara yang sering kali dipandang remeh oleh ikhwah.

Kita sibuk melihat adik –adik tiada ukhuwah sedang kita? Ukhuwah itu adalah asas kepada keberjayaan sesuatu fikrah. Ukhuwah itu adalah tonggak sesuatu pergerakan. Ukhuwah itu adalah teras kegemilangan. Eh? Bagaimana kejayaan itu mampu dicapai sekiranya sesuatu gerakan haraki itu tidak punya ukhuwah di antara anggotanya? Sering kali berprasangka buruk. Akan tiba suatu hari, berlakunya perselisihan besar yang tidak dapat di kawal apabila ukhuwah itu tidak terbentuk dan tidak di rawat. Sehingga akhirnya menyebabkan gugurnya seorang al – akh itu dari jalan dakwah dan tarbiah.

Asas kepada ukhuwah itu ialah taaruf dan proses taaruf ini perlunya keberlangsungan daripada permulaan perkenalan hinggalah ke akhir persahabatan. Dengan taaruf kita mampu untuk berlapang dada. Dengan taaruf, kita mampu untuk tafahum yakni, memamahi sehinggakan kita mampu untuk bertegur kesilapan sesama kita tanpa ada sekelumit kibr dalam hati. Tanpa merasai kita lebih hebat dari yang lain. Kita taaruf sehingga tafahum kita sampai tahap kita menegur seorang al – akh itu tidak lain dan tidak bukan, hanyalah semata – mata kerana Allah, tiada lain tetapi kerana Allah. Kita tafahum sehinggalah kita mampu untuk takaful yakni membantu mereka. Kita membantu mereka sehinggalah tiada sekelumit pun sedikit perasaan berat untuk membantu. Dengan taaruf dan tafahum yang terjalin dengan baik, takaful mampu dilaksanakan dengan baik, dengan cara yang baik. Inilah suatu teori yang masih belum lagi menjadi satu praktikal dalam kalangan kita, penggerak dakwah.

Ikhwah yang dicintai,

                Kita memilih adik – adik, adalah atas dasar kita sayangkan mereka, ingin kita selamatkan mereka. Begitu juga, apabila kita bersetuju untuk bergerak bersama dalam suatu kumpulan, beerti, kita bersedia menyayangi setiap ahli anggotanya. Kita bersedia bertaaruf sehabis – habisnya dengan mereka, kita bersedia saling memahami antara mereka, kita bersedia untuk membantu saling membantu apabila masing – masing memerlukan. Ini beerti, kita sayang kepada mereka semata – mata kerana Allah, dan tidak sedikit pun mahu kita lihat dia tersungkur dan tergelincir dari kumpulan kita. Apabila salah seoarang akli anggotanya punya masalah, sanggup bertindak seefisien yang mungkin untuk selesaikan masalah tersebut dan tidak membiarkan ia melarat. Itulah tandanya kita menyayangi mereka. Sayang mereka sehinggakan kita tiada masalah untuk berlapang dada. Sayang mereka sehingga kita mampu memberi apa yang kita ada kepada mereka. Sayang mereka sehinggakan kita mampu untuk mendahulukan mereka lebih – lebih lagi di dalam perkara yang mereka perlukan yang kita sangat cintai.

Ikhwah, kita ambil masa sejenak untuk sama – sama bermuhasabah

                Sejauh mana sudah kita tunaikan hak – hak ikhwah kita? Seperti mana kita bersusah payah cuba memenuhi hak – hak adik – adik kita. Sudahkah kita membebani bebanan ummah, beban ikhwah dan mutarabbi kita? Atau kita masih lagi memikul beban sendiri, punya jahiliyah yang berat yang kita bawa sepanjang perjuangan kita sehinggakan kita tidak mampu menjaga hak – hak ummah, hak – hak adik – adik, hak – hak ikhwah. Keberjayaan gerakan kita terletak kepada kekuatan ukhuwah di antara kita.

Duhai diri, duhai ikhwah sekalian,

Sudah tiba masanya untuk kita galas bebanan yang sebenar yakni bebanan ummah, fikirkan tentang ummah, tentang adik – adik, tentang ikhwah, sehinggakan hidup kita ini hanyalah untuk mereka, kita sebahagian daripada mereka. Usahlah ditunggu untuk di approach dulu dari mana – mana ikhwah. Buangkan segala mindset bahawa kalau ikhwah tak buat, buat apa aku buat? Atau pun, tak apa, kita tunggu ikhwah tu mulakan dulu. Sekiranya setiap daripada ikhwah itu berfikiran seperti itu, sampai bilakah mahu kita mulakan? Kita lah yang menjadi pemula kepada semua ini.  

Thursday, July 10, 2014

Menjadi ibrahim

Menjadi ibrahim

Kisah yang dicatat dalam quran sebagai bahan bukti bahawa dia sang nabi mempunyai matlamat hidup yang jelas biar pun tatkala dia masih muda

Inilah suatu aset penting yang kian hilang dalam diri setiap manusia terutamanya pemuda.

Hatinya sensitif pada kekafiran, langsung tidak boleh tidak dia menyembah dan tunduk pada taghut.. Sang nabi jelas dengan kalimah syahadah yang diperjuangkannya..memahami tuntutan bara' dan wala'nya..

Memenuhi tuntutan bara' dengan meninggalkan dan menjauhi taghut. Tidak cukup dengan itu, sang nabi jelas bahwa dia perlu tentang habis-habisan dengan taghut tanpa memberi sedikit peluang pun untuk taghut mempengaruhi dirinya.. Jelas, cukup jelas bagi diri sang ibrahim. Kerna itulah, dia menghancurkan setiap berhala yang ada dan tinggalkan satu sebagai persoalan kepada penyembahnya.

Tidak cukup dengan bara' dengan taghut, sang nabi mengerti wajibnya untuk wala' hanya kepada Sang Pencipta yang satu itu..tanpa ada belah bahagi, hatinya cukup peka bahwa sang nabi hanya tunduk kepada tuhannya. Penghambaan secara totalitas wajib diberikan kepada Sang Penguasa.

Sang nabi juga memahami bahwa dia seorang sahaja tidak cukup untuk memahami tuntutan kalimah ini. Lantas sang nabi bijak menyeru kaumnya untuk bersama-sama memikul tanggungjawab kalimah syahadah. Kerna itulah sang nabi menghancurkan berhala dengan hikmah

Duhai diri,

Wahai ikhwah sekalian,

Kita sebagai pemuda, perlunya kejelasan dengan kalimah syahadah yang kita imani, yang kita lafaz sekurang-kurangnya 9 kali sehari. Memenuhi tuntutan kalimah ini.. Sedia bara' kepada kesemua taghut dan hanya wala' pada tuhan yang esa

Biar pun teringian di hati dan di benak kepala ini segala 'keseronokan' jahiliyah lama, biar pun kekasih lama datang memanggil, mengharap sesuatu pada diri, biar pun sahutan-sahutan game memanggil dengan penuh asyik, biar pun kisah silam kita kembali menjadi mimpi-mimpi indah, biar pun sahabat karib yang tidak sefikrah dengan kita menggoda kita untuk kembali bersama mereka..ikhwah, biar apa pun yang kembali buat kita terkenang dengan jahiliyah, perlunya ada kejelasan dalam hati kita bahwa ia semua perlu dibuang, bara' sama itu semua! Tinggalkan dan terus ke hadapan, jadilah seperti sang nabi, jelas, hatinya tulus memilih wala'nya,penghambaannya pada tuhan, bukan pada taghut

Ikhwah, dengan hadirnya wala' dan bara' ini, buah kepada usaha mujahadah kita ialah ikhlas.. Ikhlas hanya mampu hadir dalam hati setiap dari kita bila mana hati kita bersih dengan totalitas dari sebarang jahiliyah.

Dengan ini sahaja niat suci kita akan difahami dan dilihat jelas oleh orang yang didakwah kan. Hanya dengan ini jua ikhwah, akan kita kecapi kemanisan iman..kemanisan dalam beramal, biar pun penat, tapi kita merasai betapa berbaloinya pengorbanan kita, dengan ini juga, kita menggalas beban umat, bukan lagi beban diri sendiri, dengan ini, kita mampu bergerak laju..

Ikhwah, marilah..dengari dan sambutlah seruan diri ini, ayuh sama-sama perbaharui niat kita, perbaharui wala' dan bara' kita, sama-sama kita perjelaskan tuntunan wala' dan bara' kita.

Thursday, May 29, 2014

IKHTILAT

“We just need to end this, if possible now or as soon as possible if it is not” With all cautions taking into account, he uttered those words of courageous. Yes, with conscious of volcano in front of him could explode at any instant.
“You can’t”
“Or you can’t?” Ivy interrupted before Tia could finish her word, before the push line. Yes, before the prominent line that girl used to use, to manipulate or to persuade if it is not aimed toward worse case.
The waiter served the Jasmine tea. The scent of the jasmine diffused into the air, moving along the air particles, from one to another. The intangible scent traveled up to the nostril and he inhaled it to the olfactory nerves. One or two minutes passed. The intensity of the scent slightly faded as the wind ventilated out of the dining room.
“Anything else?”
“No, thanks”
He made his way.
Ivy took a sip. Enchanting taste, like it always does. The jasmine tea, never fails to put its lover in awe. The first sip followed by a few more afterwards. It gave life, as if, to the dying cells of the body. Energize the synapse, speed up the nerve to transmit impulse from one node of Ranvier to another between the Schwan cells.
“Look at me”
He almost lost, in the delusion of the Jasmine tea. His mind just now traveled to a vast green tea plantation on the mountain with greenish view extended from the very north of the hill as far as eyes can travel up to his feet, spread horizontally. It freshening everything until the voice poked him and pull away the imagination, the picturesque view and the scenic tea plants.
“Yes?”
He took another sip.
“For once, look at me”
“I am” With senseless look around the table, his mind was still indulging the beautiful taste of the tea, his back slumped against the white wooden chair with red thick cushion, Ivy responded.
“No you don’t” There was a push in the words, a stress or rather an order perhaps. The dictatorship of Tia started to show its power.
“It..s..”
“It’s what?”
And this time she was really on the verge of explosion. Just like the volcano, few minutes before they ruin everything, engulf happiness within nearby radius.
“Ikthilat ! ”

“Ikh… what?”


-Mr Hood

Sunday, May 25, 2014

AKU KAGUM...

Aku kagum
dengan orang yang beramal
Kata-katanya penuh fikrah
tidak kosong,
kata-katanya basah
menambah iman

Aku kagum
dengan orang yang beramal
Masanya penuh dengan kerja tarbiyah,
kerja dakwah,
memikirkan ummah
masanya seakan tidak cukup
kerna terlalu banyak kerja
yang perlu dilakukan

Aku kagum
dengan orang yang beramal
Hammasahnya tinggi
membangkitkan himmah
menghidupkan hati-hati yang mati


Aku kagum
dengan orang yang beramal
kerja dakwahnya hebat
tarbiyahnya istiqamah
apatah lagi kerja-kerja lain

Aku kagum 
dengan orang yang beramal
melaksanakan perintah Yang Maha Kuasa
tanpa lelah,
tanpa ada keresahan,
tanpa ada kesedihan

Aku kagum
dengan orang yang beramal
hanya redha Ilahi menjadi dambaan
dunia tidak lagi bermakna

Persoalannnya
cukupkah dengan sekadar mengagumi

Adakah aku orang yang beramal?




hudhudkacak
26052014

Tuesday, April 29, 2014

CUKUP BERLAPANG DADAKAH KITA?

          Berlapang dada adalah sesuatu yang hanya akan berlaku apabila terdapatnya perbezaan pendapat tetapi ianya diketepikan atas dasar keimanan, semata-mata kerna Allah dan juga demi maslahat Ummah, Dakwah dan Tarbiyyah.

          Perbezaan pendapat dari segi nak iftar bersama di mana minggu ini, tidur siapa dapat bawah kipas semasa daurah, minyak kereta semasa jaulah siapa patut bayar dan seumpamanya juga menuntut ikhwah untuk berlapang dada.

          Namun begitu, berlapang dada buat perkara-perkara tersebut masih berada pada tahapan rendah. Seharusnya dalam bab-bab sebegitu, seseorang yang bergelar ikhwah sudah berada pada tahap itsar (melebihkan saudaranya).

          Sebaliknya, berlapang dada tahapan tinggi buat seorang ikhwah seharusnya adalah bagi perbezaan pendapat dalam gerak kerjanya.

          Setiap mujahid, setiap prajurit pastinya ada kebijaksanaannya dan kecenderungannya yang tersendiri. Hali ini bersesuaian dengan fitrah manusia yang dijadikan Allah berbeza-beza sifatnya.

          Ada yang mahir bersyair, ada yang mahir memanah, ada yang mahir menggunakan pedang yang panjang, ada pula yang pendek sedikit, ada yang selesa berperang menunggangi kuda dan ada yang lebih selesa tidak. Setiap mujahid adalah berbeza-beza dan masing-masing menyerlah dalam bidang yang tersendiri.

          Berlapang dada mereka adalah pada ketika berlakunya amal jamaie. Misalnya, ada suatu kawasan yang hendak ditakluk, dan sekumpulan mujahid telah ditugaskan kepadanya. Pastinya setiap seorang ada perbezaan dari segi sifatnya. Boleh jadi ada seseorang yang meyakini bahwa berperang dengan pedang adalah yang terbaik, manakala yang lain pula berpendapat memanah adalah caranya.

          Di sinilah terletaknya kepentingan syura. Syura penting dalam mencapai kata persetujuan dan juga bagi menyusun setiap prajurit sesuai dengan kebolehannya. Moga dengannya, hasil yang terbaik boleh diperoleh.

          Bagi satu-satu keputusan syura berjaya, ia menuntut setiap yang terlibat berlapang dada dan bersama-sama mendukung keputusan yang telah dipersetujui.

          Inilah yang dikatakan sebagai berlapang dada tahapan tinggi. Ia bukanlah digunakan untuk perkara remeh-temeh, sebaliknya pada pendukungan cita-cita yang termulia kerna Allah semata-mata.

          Begitulah jua dalam halaqah kita. Pastinya ada perbezaan pendapat antara kita dengan murabbi dan juga antara kita dengna ahli usrah yang lain. Namun begitu, biarlah perbezaan pendapat itu adalah hasil daripada masing-masing memaksimakan potensi dirinya pada jalan dakwah sekaligus menyebabkan gerak kerja semuanya ada perbezaan.

          Apa yang perlu dilakukan adalah berlapang dada dengan setinggi-tinggi tahapannya.

          Carilah titik-titik di mana gerak kerja boleh dilajukan bersama dan juga titik-titik di mana gerak kerja boleh dipisahkan agar tiada amal yang disia-siakan. Perkara ini hanya mampu tercapai dengan syura yang hasilnya dihormati dan didukung dengan penuh rasa izzah.

          Bagaimana pula sekiranya kita belum pernah merasa perlunya berlapang dada tahapan tinggi?

          Barangkali kita belum lagi "bekerja", ya akhi. Dua ekor singa yang tidur tidak akan pernah bergaduh walaupun diletakkan sebesar-besar gajah di antara mereka berdua untuk dimakan.

          Moga Allah redha dengan kita semua.

...

SangHudHud. 

Thursday, April 24, 2014

DA'IE PAK PANDIR

“Akhi, baca an-nisa ayat 118 – 119”

“120 sekali alang – alang”

Whatsapp yang ku terima dari orang jauh

Setelah seharian berlalu, tuhan berikan peluang untuk tadabbur ayat ini.

“..yang dilaknati Allah, dan (setan) itu mengatakan “aku pasti akan mengambil bahagian tertentu dari hamba – hambaMU, dan pasti akan kusesatkan mereka, dan akan kubangkitkan mereka dengan angan – angan kosong dan akan ku suruh mereka memotong telinga – telinga binatang ternak (dan mereka benar – benar memotongnya), dan akan kusuruh mereka mengubah ciptaan Allah, (lalu mereka benar – benar mengubahnya).” Barang siapa menjadikan setan sebagai pelindung selain Allah, maka sungguh dia menderita kerugian yang nyata. (Setan itu) memberikan janji – janji kepada mereka dan membangkitkan angan – angan kosong pada mereka, padahal setan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka

Sebagai disklemer, ia hanya satu tadabbur dari seorang manusia yang baru ingin membersihkan diri ini. Terpulang untuk tolak mahupun terima tadabbur ini. Moga bermanfaat.

Antara beberapa point yang ingin saya share kan:

Tidak akan sekali kita diredhai, iman kita

Setan tidak akan sesekali meredhai iman kita. Bila kita bermula untuk berubah, dia akan mula gatal – gatal, tak senang duduk tak dapat terima kita ingin kembali semula kepada tuhan. Dia kehilangan rakan untuk dibawa bersama  ke neraka.

Perkara yang syubhah

Syaitan tidak akan sesekali berhenti untuk mengheret kita bersama mereka. Bermulanya dengan perkara yang diringan – ringankan, diteruskan dengan perkara yang syubhah sehinggalah kita melakukan perkara yang haram, dengan rela diri!

Orang yang bertaqwa itu menjauhi syubhah

Ats- tsauri berkata:

“Ada pun sesungguhnya ketinggian orang – orang yang muttaqin ini adalah mereka yang meninggalkan barang apa yang tidak diketahui (akan keharamannya)”

Syaitan tidak akan berhenti dalam berusaha, dan mereka bijak, mengenali mad'u mereka dengan baik, mengetahui kelemahan mad'u mereka. Dan mereka akan menyerang mad'u mereka apabila mad'u mereka tidak bersedia, mereka sentiasa tidak akan lalai atas kelalaian mad'u mereka. 

Mereka hinggap di hati kita dan menunggu untuk mengadakan serangan gerila, menghancurkan kita ketika kita tidak bersedia dengan pertahanan. Inilah hakikat yang diajar tuhan kepada kita dalam surah an – nas supaya kita lebih bersedia.

Bijak syaitan ini, dia akan serang kita pada tempat yang menentukan siapa diri kita.

Rasulullah bersabda:

“……ketahuilah  bahawa setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati

Hati ini jugak digunakan untuk menentukan kelurusan agama kita, berarti istiqamahnya kita pada agama

“tidak akan lurus agamamu selagi mana hatimu tidak lurus”

Formula yang mudah, inginkan agama yang lurus, perlunya hati yang lurus, inginkan hati yang lurus, perlunya kepada jauhi syubhah. –quoted.

Angan – angan kosong

Angan – angan: segala apa yang kita fikirkan dan tidak dijadikan suatu amalan.

satu adegan yang mungkin telah berlaku
"akhi, ana target budak ini",.......seminggu kemudian....sebulan kemudian....setahun kemudian.."eh, apa jadi dekat adik yang anta target?"

Begitu juga yang terjadi pada yang lain "akhi, ana cadang nak masuk sekolah ini, berpotensi gayanya", juga ini "kalau aku tarik budak ni, mesti lagi ramai join usrah, anasir tagyir budak ni", juga yang ini "aku nak baca buku ini, aku nak setadi ini" dan lain - lain... dan yang paling lejen, "cuti ini, aku nak belajar, nak perbaiki grade aku, aku nak hafal quran" sampai habis cuti... apa jadi cuti? *kuis - kuis tanah.

Kata abu ammar, syeikh muntalaq:

“tarikan syaitan yang menghiaskan futurnya dan menjadikannya cinta kepada dunia. Menyebabkan dia dalam keadaan lalai, malas, panjang angan – angan dan berlengah – lengah untuk belajar apa yang dia jahili”

 Ramai kader –kader dakwah yang banyak berfikir tentang masalah ummat. Cara –cara untuk memperbaiki ummat yang sedang tenat. Namun jarang sekali kita jumpa dengan suatu figur yang dia lakukan apa yang dia fikirkan, kebanyakkan kita hanya berhenti pada memikirkan.  Ketahuilah bahawa fikiran – fikiran kita tidak akan bermanfaat sekiranya ia tiada seiring dengan amal.

Abu ammar meletakkan angan – angan yang panjang di dalam salah satu daripada futurnya seorang al – akh. Kerna dia hanya reti berfikir dan tidak memanifestasikan ia sebagai satu amal. Hanya dengan amal sahaja yang mampu untuk menggerakkan ummat ini. Lihatlah Lenin, penggerak kepada ideology komunisme yang ditulis oleh Karl Marx. Suatu buah pemikiran itu akan Berjaya dengan adanya penggerak, tiada guna penulisan yang panjang berjela – jela dan tiada penggerak untuk menggerakkannya. Jadilah kita, kader yang amaliyun!

Oleh itu ikhwah, sentiasalah bersama dalam keadaan waspada. Wajibkanlah diri menghadiri jilsah – jilsah tafakkur (majlis – majlis berfikir) untuk sama – sama meneropong diri, untuk sama – sama muhasabah diri, agar sentiasa berada dalam keadaan keimanan.

Ikhwah, kita tidak pernah kuat dalam berseorangan, perlunya berada dalam satu kumpulan yang sentiasa mengingatkan kita kepada keimanan kerna hakikatnya, kita takkan lari dari terkena dengan tarikan syaitan ini, kerna ia adalah satu sunnatullah yang akan sentiasa berulang – ulang. Tidak akan berhenti sehinggalah nyawa kita ditarik daripada jasad kita.

Sekiranya manusia itu mampu untuk menyerang dari setiap arah seperti yang diceritakan dalam kisah perang tabuk, dalam surah al – ahzab, keadaan ummat ketika itu, penglihatan mereka terpana, dan hati mereka sesak sampai ke tenggorokan, ketika itu hati mereka diguncang dengan guncangan yang sedahsyat – dahsyatnya.  Ini baru manusia, yang menyerang dari beberapa arah sahaja. 

Ikhwah, kita berbicara dengan satu peperangan, yang musuhnya adalah syaitan, yang akan menyerang kita dari setiap inchi arah yang mereka boleh masuki. Sepatutnya perasaan kita jauh lebih cemas dari para sahabat kerna mengetahui hakikat musuh kita atas kemampuan mereka.

Tambahan, mereka ini hidupnya sudah lama, mereka punya asset pengalaman yang cukup solid untuk menjatuhkan kita. Dan sayang, kita pula masih fikir kita kuat untuk berdiri berseorangan, cukup dengan tarbiyah dzatiyah. Kita ini bongkak! Bajet kuat! Cukup angkuh! Siapalah kita nak dibandingkan dengan musuh yang jauh hebat kelengkapan mereka. Oleh itu, saya menyeru kita untuk sentiasa bersama – sama dalam satu kelompok yang mampu membantu kita untuk menang peperangan ini.

Ini bukan sesuatu yang remeh temeh, sekiranya kita ambil ini sebagai sesuatu yang remeh, nescaya usaha kita untuk mengharunginya juga akan menjadi ala kadar, tiada seriusnya dan nescaya teruklah kita dikalahkan.

Moga Allah jadikan kita dalam golongan yang ikhlas dalam beramal !






Wednesday, April 23, 2014

OF MILESTONES & DEADLINES

It's kinda a common fact that for one to work efficiently, he requires two things:


  • milestones
  • deadlines

Milestones are crucial to track one's progress. In corporate world especially, one's performance is measured via milestones, or rather Key Performance Indicator (KPI). Milestones also work to guide people to achieve the goal that has been set up earlier on.

Deadlines, on the other hand, will push us to work more effectively. I bet most people can only work diligently with deadlines. Come on, don't tell me you don't need deadlines to complete your assignments or homeworks? Meh. 

Who needs a credit?

Now, do we have milestones and deadlines in doing our daily tarbiyah and daawa works? Of course we do.

Of course we do.

Our milestones can be as small as memorising certain verses of the Quran or hadiths, or reading a particular book, or leading a number of circles (Read: Halaqah) or even donating money to a certain charity.

But they can also be big things, like establishing the Islamic state, having the shariah law, installing the caliph again or something like starting a Baitul Muslim. Ehem.

Clear throat. 

Whatever it is, we must have milestones in our tarbiyah dan daawa, so that we are properly structured and organised in achieving our goal. I believe most of us are also practising amal jamai'e in our tarbiyah and daawa, that is doing things as a group or organisation. In that case, we must also try our best to align ourselves with the group/organisation's milestones, so that we will achieve a bigger and more meaningful goal togethagheta. Err I mean, together. 

And how about deadline? Do we have one?

Of course, of course.

Similar to works given by our lecturers or assignments tasked by our bosses, tarbiyah and daawa works must also have deadlines. So that we won't be procrastinating. Sweats. Even so, the deadlines must be practical enough, taking into account one's capability and restrictions, if any. This to ensure that the deadlines set are just and fair to the person in-charged. I mean, you can't expect to establish the Ustadziyatul 'Alam by tomorrow mid-afternoon, can you? Like seriously. 

On top of that, all of us have one ultimate deadline; death. Gulp.

The thing about this particular deadline, no one knows when is his turn. No one knows for sure when will the angel of death come to pay a visit. 

Having said that, this deadline needs to be our utmost priority. We need to allocate most of our time, energy and money towards the preparation of death. 

If we can dedicate all of our resources to submit the most important assignment of the year, of which without will fail our semester, then we must be able to dedicate more resources for the most important assignment in our lives; to prepare to die.

Now, what would happen if we combine milestone and deadline together? What will we get?

Al-Mautu fi Sabilillah. To die on His path. 

Or in other words, syahid fi sabilillah. Die as a true martyr. 

That is what we call as awesomeness. The real awesomeness.

Yours truly,
Mister Woodpecker

Tuesday, April 22, 2014

IKATAN




Komen Sayyid Qutb dalam tafsir beliau mengenai surah Al ‘Aadiyat;

“Allah swt bersumpah dengan kuda-kuda perang dan menggambarkan pergerakan pergerakan satu demi satu bermula dari lariannya yang pantas dengan suara nafasnya yang mendengus kencang dengan hentakan tapak kakinya yang mengeluarkan bunga-bunga api, kemudian menggempur musuh dengan serangan kilat di waktu pagi dalam kepulan-kepulan debu menyebabkan barisan musuh kacau-bilau dan hiruk , berpikuk”





Begitulah gambaran dan suasana surah ini di permulaanya. Ia membawa kita ke situasi perang, yang sentiasa bersedia, pantas, bersegera dengan larian-larian yang kencang dan menunggu-nunngu untuk mara menentang musuh. Satu suasana yang membangkitkan.

Ia persis kesan didikan al quran kepada jiwa manusia yang kosong dari dorongan iman, ia membangkitkan, menyedarkan dan mengerahkan seluruh azam dan kemahuannya, supaya bersegera, bertindak pantas menghadapi permasalahan hari ini.


Dalam al quran, ada banyak ayat yang memotivasikan kita untuk bersegara, berlumba-lumba, bertindak pantas, cepat dan sentiasa bersedia. Namun begitu, ada titik perbezaan yang nyata di antara bertindak pantas, bersegera atau berlumba-lumba dengan tergopoh-gopoh mara tanpa perancangan dan waktu yang tepat.


Kita sering keliru di antara bersegera dan tergopoh-gopoh tanpa persedian yang rapi. Bahkan, kata orang, victory loves preparation. Tetapi, itulah yang berlaku, lebih-lebih lagi dalam proses membina objek dakwah (mad’u) kita. Atau dalam konteks yang lebih besar, dalam usaha mengembalikan kekuasaan membimbing masyarakat hari ini dengan Islam.


Komen Imam Al Banna tentang hal ini seperti yang diungkap oleh Sehikh Jum’ah Amin pula;


“Imam al Banna berkeinginan mematangkan langkah langkahnya, tidak terburu buru dan serampangan dalam semua tahapan karena alasan untuk meraih kekuasaan. Beliau berkeyakinan bahawa barangsiapa yang memetik buah sebelum masak tidak akan bisa menikmatinya.

Sedangkan kekuasaan itu hanyalah sarana penegakan syariat Allah bukan tujuan. Memegang kekuasaan tanpa kekuatan pengislaman dan penundukan di bawah realiti Islam atau tanpa kemampuan kelua dari berbagai persoalan akan mementahkan projek islam, memperburuk cita islam dan akan dicap sebagai sistem yang gagal”


Sebelum mengajak mad’u kita untuk bersama-sama dengan kita melaksanakan amal Islami yang bergerak, bersifat haraki yang kita sudah sedia imani, ada tiga jenis ikatan yang perlu kita bina terlebih dahulu, secara bertahap dan perlahan sesuai dengan penerimaan mereka.


 Ikatan Hati.

Ya. Pertama-tama sekali ialah membina hubungan atau ikatan hati yang padu dengan mad’u kita. Ia merupakan suatu proses yang panjang dan berterusan, membutuhkan perngorbanan masa, wang, fikiran dan paling penting untuk mengorbankan ego. Ia bukan proses sehari dua, tidak sekadar berlaku di alam maya mahupun tidak dapat diraih sekadar dengan pendekatan material semata.

Untuk ini, para du’at, pekerja Islam yang haraki ini perlu turun padang mendampingi mad’u. Duduk bersama mereka, santuni dan peluklah mereka dengan pelukan yang erat dan mesra. Tidak sekadar mengedar fliers, tag nama mereka di alam maya mahupun menghantar surat atau email layang.

Ikatan hati sangat penting sebagai asas kepada langkah seterusnya. Bahkan, langkah terawal yang dibuat oleh Baginda ar Rasul setelah hijrah ke Madinah adalah menyatukan muhajireen dan ansar sebelum mengajak mereka bersama-sama dalam amal Islami yang mendatang.


 Ikatan Fikrah (Pemikiran)

Dalam usaha ini, kita cuba menyampaikan ‘wasiat dakwah’ ini kepada para mad’u agar mereka yakin dan ingin bersama kita. Semasa tahapan ini, kita harap, mereka melihat dunia hari ini, tanggunjawab dan tuntutannya sebagaimana yang kita lihat, pastinya melalui kaca mata Islam berpandukan Quran dan Sunnah.

Ia juga merupakan proses yang panjang dan perlahan yang biasanya berlaku dalam halaqah-halaqah yang dijalankan secara berkala. Hampir mustahil fikrah dan pemikiran ini dapat dibentuk sekadar di program umum mingguan, di aktiviti aktivit riadah, mahupun di konsert konsert amal. Meskipun ada ruang yang boleh digunakan namun tidak boleh tidak bagi para du’at haraki untuk menyampaikannya dalam halaqah bimbingan mereka.

Sekiranya hubungan hati sudah mantap, kebiasaanya ikatan fikrah dapat dihubungkan dengan lebih mudah. Tanpa hubungan hati, pengisian fikrah ini akan menjadi kering dan menyebabkan mad’u  lari. Sekiranya mad’u kita tidak bersetuju dengan ideology yang dikemukan, itu adalah haq dia untuk menolak.


Kita pula tidak boleh melenting, unfriend di facebook, bermasam muka bahkan menulis status status berbau permusuhan. Sepatutnya di awalnya kitas sudah bersetuju untuk tidak bersetuju. Ia mungkin berlaku, tetapi dengan hubungan hati yang mantap, ukhuwah Islamiyah pasti kekal, persis ahli politik yang berbeza parti tapi masih boleh sama-sama mengeteh!


 Ikatan Tanzimi


Ikatan tanzimi ialah terikat dengan organisasi, dalam melakukan amal-amal Islami. Tidak kiralah apa organisasi sekalipun. Apabila mad’u sudah yakin dengan fikrah yang disampaikan, dan tekad mahu bersama kita, itulah waktu yang baik untuk mengajak mereka bersama dalam satu organisasi, untuk bekerja secara beramai-ramai, mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Inilah yang dikatakan tidak tergopoh, tetapi bersegera. Bersegera dalam erti kata-kata sentiasa memastikan iman dan amal kita berada dalam waktu puncak. Sentiasa meggembleng usaha ke arah membina ikatan-ikatan ini tetapi bertindak dengan siuman dan realistik dengan masa, tanpa tergopoh gopoh.


Kerananya, memang reality yang berlaku, ramai yang terlebih dahulu diajak untuk terus bersama ikatan tanzim tanpa memahami fikrah yang dibawa. Lalu berkumpullah skumpulan manusia yang tidak faham dengan amal Islami yang hendak lakukan. Maka kucar kacir la amal Islami yang sepatutnya tersusun dan berfokus itu.

Ada juga yang diajak mengimani sesuatu fikrah secara keras dan tegas tanpa hubungan hati, lalu berlakulah permusuhan, baik di dunia realiti mahupun di alam maya.


Maka saudara,


Berbekalkan tema yang dibawa oleh surah al ‘Aadiyat ini, marilah kita lipatgandakan usaha, sentiasa bersedia untuk disusun dan bersegera dalam melakukan amal Islami kita, tetapi dengan perencanan yang rapi, mengikut kadar masa yang realistik serta tahapan yang sesuai.


Jadilah kuda-kuda perang yang pantas atas jalan dakwah tetapi tidak tergopoh gopoh kerana yang kita ingin bina bukan sekadar pengikut mahupun penepuk tangan, tetapi calon murshid dan calon imam yang akan memimpin ummat di masa depan!

ps : Macam agak random



Hud Hud Hud

Sunday, April 20, 2014

M.M.A

Muharrik. Berasal dari perkataan haroka yang membawa maksud kata lawan daripada perkataan diam. Muharrik pula pada dasarnya bermaksud penggerak. Namun, definisi penggerak manakah yang menepati maksud yang cuba ditekankan di sini. Muharrik dakwah? Mungkin ya dan mungkin tidak. Eheh.

            Apa pula definisi muharrik dakwah? Mereka yang bergerak dalam melaksanakan dakwah mereka? Ya. Tapi sejauh mana ia applicable? Sejauh mana ia dilaksanakan dalam konteks yang tepat. Jangan hanya melihat sesuatu tanpa bukti ibaratnya kita mengikut sesuatu fahaman tanpa cuba untuk memahaminya. Taklid buta orang kata. Tidak wajar jika kita hanya sekadar taklid buta, sebaliknya cuba untuk memahaminya berdasarkan bukti yang sahih dan soreh.

            Sirah merupakan bukti terbaik dalam menggambarkan apa itu muharrik dakwah. Jika kita telusuri satu persatu sirah islamiyah, saya yakin dan pasti bahawa contoh-contoh mereka yang bergelar muharrik mempunyai persamaan dari segi yakinnya mereka akan islam. Iman mereka bukan iman palsu. Jihad mereka hanya untuk Yang Satu. Menjadi singa di siang hari dan rahib di malam hari.

            Ketika mana Saidina Umar al-Khattab radiallahu anhu menggalas tugas khalifah, betapa tegas dan tekadnya beliau dalam terus menerus menyebarkan Islam sehingga ke negeri barakah, Palestin. Menjadi tua dimamah usia melampau umurnya, beliau menghabiskan masa siangnya dengan memikirkan hal-hal umat Islam manakala beliau menutup tirai malamnya dengan ibadahnya kepada Tuhan Yang Esa.

            Berhenti? Tidak. mereka tidak sekali berhenti. Selesai satu urusan, beliau akan terus ke urusan lain kerana seorang mukmin as-saddiq itu sewajarnya sedar akan sedikitnya masa yang ada berbanding dengan umur yang dimiliki. Penat? Rehat mereka hanya di syurga. Bilal bin Rabah radiallahu anhu pernah berkata bahawa rehat baginya adalah ketika solat. Allahu Rabbi. Kecil, kerdil, lemahnya kita jika hendak dibandingkan dengan mereka.

            Kita cedok pula kisah Abu Bakar as-siddiq radiallahu anhu. Ketika mana Saidina Umar menginfakkan separuh hartanya, Abu Bakar menginfakkan semua hartanya without any hesitation. Ya. Tanpa mengira apa yang masih tinggal untuk diri dan keluarganya. Pengorbanan. Seorang muharrik dakwah itu akan mengorbankan apa yang paling disayangi yang ada padanya semata-mata kerana dakwah, semata-mata mencari secebis redha Allah.

            Pernah dengar ‘tarik tali’ dalam dakwah? Ia membawa erti bahawa seseorang itu hanya ingin melakukan amal-amal dakwah ini hanya pada masa lapang. Hanya ketika dia mempunyai lebihan masa. Hanya ketika dia memiliki masa-masa kosong yang jika tidak diisi dengan amal dakwi, ia akan diisi dengan jahiliyah. Seronok ber ‘jimba’ dalam gerabak dakwah ini. Naik dan turun. Keluar dan masuk. Usrah hanya ketika naqib datang dengan tangan yang penuh makanan. Usrah hanya untuk memenuhi kehendak diri. Alangkah indahnya.

            Jauh. Mungkin kita masih jauh lagi jika hendak dibandingkan dengan dakwah Rasulullah sallalahu alaihi wasalam. Eh tidak. Jauh jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan para sahabat radiallahu anhu. Nanti dulu. Sangat jauh juga jika hendak dibandingkan dengan istiqamah para tabi’ tabi’in. Sekejap eh. Kalau nak dibandingkan dengan Ikhwanul Muslimin pun masih angan-angan je kot. Kalau macam tu, kita nak bandingkan dengan siapa ni?

            Hakikat dakwah ini bukanlah hanya didatangi dengan bunga dan kesenangan semata. Tidak cukup jika hanya dengan makan-makan. Tidak lengkap jika hanya dengan flash mob dan ceramah umum. Tidak berjaya tanpa usaha, strategi dan fikrah islamiyah yang sahih. Perlunya fokus. Perlunya iman as-saddiq. Perlunya muharrik bersemangat rijal. Pendokong-pendokong islam yang tidak pernah kenal erti menyerah. Kader-kader islam yang sentiasa teguh ketika mana islam jatuh dihempas ke bumi.

Bagaimana untuk menjadi rijal yang sebegitu. Seakan-akan mustahil bukan? Tidak. Sekali-kali tidak. Bahkan ia merupakan suatu realiti yang mampu dicapai. Menjadi sesuatu yang luar biasa memerlukan usaha yang luar biasa. Tidak cukup jika hanya dengan melaksanakan perkara kebiasaan atau mutabaah amal sahaja.


Iman mutabaah amal tidak akan membentuk kita menjadi sesuatu di luar norma. Kita perlu lebih. Laksanakan lebih dari apa yang kita mampu. Kita sering berceloteh bahawa kita hanya mampu baca dua juzuk sehari. Hanya mampu bawa dua usrah seminggu. Hanya mampu hafal dua muka surat sehari. Benarkah itu tahap kemampuan kita? Padahal, Allah tidak pernah meletakkan had seseorang hambaNYA. Betapa yakinnya kita bahawa kita tidak mampu. Dakwah dan tarbiyyah mengajar kita untuk menjadi lebih dari kebiasaan kita. Keluar dari comfort zone kita. Cuba dan cuba lagi. Jangan berhenti walau sekali. Do extraordinary things to be something. Kerana akhirnya kita takkan pernah tahu apa yang kita mampu capai. Cukup ke nak masuk syurgaNYA dengan menjadi Muharrik Mutabaah Amal?

cek sket!

- hood hood -