Tuesday, March 25, 2014

ANTARA TIDUR DAN JAGA

Apabila hendak tidur,
maka pastinya kita akan menutup mata terlebih dahulu.

Namun begitu, amatlah mustahil,
untuk kita mengetahui secara tepat bilakah kita tidur.

Kita barangkali boleh melihat waktu sebelum kita menutup mata,
tetapi tiadalah kita ketahui pada saat apakah dakapan tidur datang menjengah.

Tahu tahu sahaja,
kita dah tidur.

Tahu tahu sahaja,
kita dah bangkit.

Begitulah sepatutnya kehidupan kita ini.

Kita berterusan berjuang,
hinggalah tiba suatu saat di mana kita melelapkan mata.

Tahu tahu sahaja,
kita sudah mati.

Dan tahu tahu sahaja,
kita sudah dibangkitkan.

Itu terletak di luar kawalan kita.

Walau bagaimanapun,
kita berhak menentukan apa yang berlaku,
sebelum kita melelapkan mata.

Apakah kita telah berjuang?
Apakah kita telah menggadaikan segalanya di jalan Allah?
Apakah kita telah hidup dengan sebenar-benar kehidupan?

Baru sahaja semalam, ratusan Ikhwan dijatuhkan hukuman bunuh.

Mereka sudah hampir ke saat melelapkan mata mereka.

Bila mereka bakal mati, 
ataupun bila mereka bakal dibangkitkan kembali,
tiadalah kita ketahui.

Tetapi yang pastinya,
kehidupan mereka kita kagumi.

Bagaimana pula dengan kita?


Monday, March 24, 2014

NIKMAT KLISE

Acapkali, kita akan memulakan suatu perbicaraan ataupun majlis dengan ucap syukur dan memuji-muji Allah SWT. Kadang aku terfikir, "Oh, ini memang formatnya kalau nak berkata-kata."

Allah sebut baaaanyak kali dalam surah Ar-Rahman, "Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan? " Hakikatnya kenapa? Sebab memang banyak nikmat Allah SWT yang kita dustakan.


Cuba kita hayati nikmat yang Allah SWT beri kepada kita. Cuba kita tarik nafas sedalam-dalamnya. Dalam lagi. Dalam lagi. Sampai kita rasa sesak nafas. Tahan sampai anda rasa tak mampu lagi. Apa perasaan kita sewaktu kita sesak nafas itu? Sedarlah bahawa bernafas itu pun salah satu nikmatNya yang kalau kita fikir, mungkin klise tapi kita jarang syukuri. Sangat jarang. Manusia. Bila tak ada, baru tahu nak bersyukur. Memalukan. Sungguh kita hina. Hina di hadapanNya.


Taufik dan hidayah yang Allah beri kepada kita juga adalah nikmat daripadaNya. Bayangkan hidayah Allah ini seperti nikmat bernafas juga. Pasti kita tercungap-cungap kan? Mengharap untuk dapat bernafas semula? Tapi, malangnya, nikmat hidayah disiakan begitu sahaja. Hidayah itu datangnya dari Allah SWT. Bila Allah nak bagi, Allah akan bagi. Bila Allah nak tarik semula, bila-bila sahaja. Kun fayakun! Jadi, berpegang teguhlah. Dengan tali Allah. Tali yang membawa kita ke syurga dan betemu denganNya. 


Persoalannya, bagaimana kita hendak memaknai syukur? Yang pastinya, kita kembalikan semuanya kepada Allah. Untuk apa kita guna harta kita? Ke jalan Allah. Kita makan kerana Allah. Kita dapat hidayah, kita bawa orang lain juga mendapatkan hidayah itu, hanya kerana Allah.


Selamat beramal dan teruskan berdoa supaya Allah kurniakan istiqamah dan tawadhu' dalam hati kita. supaya kita tergolong dalam kalangan orang yang paling bertakwa.





hudhudkacak

24032014

Wednesday, March 19, 2014

TANYA SAMA ITU HUD HUD

Bismillah

Seperti yang semua orang tahu dan maklum. Tanya Sama Itu Hud Hud adalah sebuah tajuk lagu dendangan M. Nasir. Lagu ini bukanlah untuk hiburan semata. Ada mesej yang tersirat yang hendak disampaikan dalam bait-bait lagu ini.

Opss. Jangan risau. Blog ini bukan untuk menerangkan kaedah-kaedah sastera semata mahupun falsafah-falsafah yang mengelirukan. Hanya bertujuan menebarkan cahaya hidayah dan taufiq ke seluruh manusia sejagatnya. Menuju yang esa. InshaAllah.

Amin

Owh. Mari kita hayati lirik lagu 'Tanya Sama Itu Hud Hud'. Sebagai muqaddimah. Aman tanpa perang !



Tujuh puluh tiga pintu

Tujuh puluh tiga jalan

Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"





hudhudkacak
19032014