“Assalamualaikum akhi, anta apa khabar?”
“Waalaikumsalam, Alhamdulillah baik, ni ada apa – apa ke message?”
Atau pun,
“Weh, apa khabar?”
“haa, ni mesti nak kasi aku kerja ni (sambil membuat muka)”
Atau pun,
“Kau ok ke?”
“err.. kau dah kenapa tanya aku ni?”
Atau pun soalan yang sepesen
dengannya. Bila kawan kita atau ikhwah bertanyakan khabar kepada kita, soalan
manusiawi yang datang daripada seorang insan yang sayangkan sahabatnya, apakah
reaksi kita? Reaksi yang bagaimanakah kita balas? Atau mungkin, perasaan yang
bagaimanakah yang kita rasa? Pernah berlaku situasi di atas kepada kita? Pernah
terlintas perasaan yang sebegitu kepada orang yang bertanya? Cukup berlapang
dadakah kita demi merasai bahawa kawan kita benar – benar mengambil berat
tentang keadaan kita? Benar – benar sayang pada kita?
Sudah cukup kesahkan kita pada
mereka seperti mana mereka benar – benar kesah pada kita. Bila mana kita ada
masalah, mereka sanggup tinggalkan segalanya untuk membantu kita? Sesuatu yang
mungkin kita fikir tidak praktikal, tetapi pernahkah kita acknowledge apa yang
sedang mereka usahakan untuk kita? Masih punyakah hati kita kepada mereka yang
ini?
Mari kita ambil sedikit masa untuk bermuhasabah
Apabila seorang al – akh itu mempersoalkan
atau merasai ikhwah ada perancangan atau tidak senang dengan soalan manusiawi
yang dilontarkan kepadanya, itu adalah tanda masih belum ada lagi ukhuwah di
antara mereka. Kerna akhirnya, tangga pertama kepada ukhuwah itu ialah
berlapang dada. Bagaimana ukhuwah itu mampu terjalin sekiranya tiada berlapang
dada di antara ikhwah sendiri. Inilah satu simptom yang ketara yang sering kali
dipandang remeh oleh ikhwah.
Kita sibuk melihat adik –adik tiada
ukhuwah sedang kita? Ukhuwah itu adalah asas kepada keberjayaan sesuatu fikrah.
Ukhuwah itu adalah tonggak sesuatu pergerakan. Ukhuwah itu adalah teras
kegemilangan. Eh? Bagaimana kejayaan itu mampu dicapai sekiranya sesuatu
gerakan haraki itu tidak punya ukhuwah di antara anggotanya? Sering kali
berprasangka buruk. Akan tiba suatu hari, berlakunya perselisihan besar yang
tidak dapat di kawal apabila ukhuwah itu tidak terbentuk dan tidak di rawat. Sehingga
akhirnya menyebabkan gugurnya seorang al – akh itu dari jalan dakwah dan
tarbiah.
Asas kepada ukhuwah itu ialah taaruf
dan proses taaruf ini perlunya keberlangsungan daripada permulaan perkenalan
hinggalah ke akhir persahabatan. Dengan taaruf kita mampu untuk berlapang dada.
Dengan taaruf, kita mampu untuk tafahum yakni, memamahi sehinggakan kita mampu
untuk bertegur kesilapan sesama kita tanpa ada sekelumit kibr dalam hati. Tanpa
merasai kita lebih hebat dari yang lain. Kita taaruf sehingga tafahum kita
sampai tahap kita menegur seorang al – akh itu tidak lain dan tidak bukan,
hanyalah semata – mata kerana Allah, tiada lain tetapi kerana Allah. Kita tafahum
sehinggalah kita mampu untuk takaful yakni membantu mereka. Kita membantu
mereka sehinggalah tiada sekelumit pun sedikit perasaan berat untuk membantu. Dengan
taaruf dan tafahum yang terjalin dengan baik, takaful mampu dilaksanakan dengan
baik, dengan cara yang baik. Inilah suatu teori yang masih belum lagi menjadi
satu praktikal dalam kalangan kita, penggerak dakwah.
Ikhwah yang dicintai,
Kita memilih
adik – adik, adalah atas dasar kita sayangkan mereka, ingin kita selamatkan
mereka. Begitu juga, apabila kita bersetuju untuk bergerak bersama dalam suatu
kumpulan, beerti, kita bersedia menyayangi setiap ahli anggotanya. Kita bersedia
bertaaruf sehabis – habisnya dengan mereka, kita bersedia saling memahami
antara mereka, kita bersedia untuk membantu saling membantu apabila masing –
masing memerlukan. Ini beerti, kita sayang kepada mereka semata – mata kerana
Allah, dan tidak sedikit pun mahu kita lihat dia tersungkur dan tergelincir
dari kumpulan kita. Apabila salah seoarang akli anggotanya punya masalah,
sanggup bertindak seefisien yang mungkin untuk selesaikan masalah tersebut dan
tidak membiarkan ia melarat. Itulah tandanya kita menyayangi mereka. Sayang mereka
sehinggakan kita tiada masalah untuk berlapang dada. Sayang mereka sehingga
kita mampu memberi apa yang kita ada kepada mereka. Sayang mereka sehinggakan
kita mampu untuk mendahulukan mereka lebih – lebih lagi di dalam perkara yang
mereka perlukan yang kita sangat cintai.
Ikhwah, kita ambil masa sejenak untuk sama – sama bermuhasabah
Sejauh mana
sudah kita tunaikan hak – hak ikhwah kita? Seperti mana kita bersusah payah
cuba memenuhi hak – hak adik – adik kita. Sudahkah kita membebani bebanan ummah,
beban ikhwah dan mutarabbi kita? Atau kita masih lagi memikul beban sendiri,
punya jahiliyah yang berat yang kita bawa sepanjang perjuangan kita sehinggakan
kita tidak mampu menjaga hak – hak ummah, hak – hak adik – adik, hak – hak ikhwah.
Keberjayaan gerakan kita terletak kepada kekuatan ukhuwah di antara kita.
Duhai diri, duhai ikhwah sekalian,
Sudah tiba masanya untuk kita galas
bebanan yang sebenar yakni bebanan ummah, fikirkan tentang ummah, tentang adik –
adik, tentang ikhwah, sehinggakan hidup kita ini hanyalah untuk mereka, kita
sebahagian daripada mereka. Usahlah ditunggu untuk di approach dulu dari mana –
mana ikhwah. Buangkan segala mindset bahawa kalau ikhwah tak buat, buat apa aku
buat? Atau pun, tak apa, kita tunggu ikhwah tu mulakan dulu. Sekiranya setiap
daripada ikhwah itu berfikiran seperti itu, sampai bilakah mahu kita mulakan? Kita
lah yang menjadi pemula kepada semua ini.