Friday, April 18, 2014

TARBIYAH MEMBOSANKAN PARA DU'AT

          
          "Akhi, ana dah tak rasa basah macam awal-awal kenal tarbiyyah dahulu."

           InsyaAllah, ini adalah situasi yang sangat sinonim dengan kebanyakan daripada kita. Situasi di mana tiba-tiba hilangnya kelazatan berada dalam dakapan tarbiyyah yang membawa kita mengenali suatu Dunia yang selama ini terhijab daripada kita. Suatu Dunia yang tatkala kita mengenali, pastinya akan membuatkan kita terasa alangkah bahagianya sekiranya kita mengenalinya jauh lebih awal!

           Persoalannya adalah, ke mana perginya kelazatan yang luar biasa itu?



           Bukankah sepatutnya semakin lama keberadaan kita di dalam tarbiyyah, semakin enak kemanisannya?



           Sebenarnya, persoalan yang kedua itu sudah menjawab yang pertama. Kelazatan itu telah menjadi sesuatu yang lebih eksotik dan lebih bernilai. 


           Sebagai contoh, kali pertama kita kereta Proton Iswara sendiri, pastinya kita merasa sangat bahagia. Namun begitu, setelah beberapa lama kita membawanya, akhirnya ia menjadi sesuatu yang biasa bagi kita. 

           Kemudian, tiba pula hari yang lain di mana kita membeli pula kereta Honda Accord yang baru. Pada awalnya, sudah pasti kebahagiaan kita melampau-lampau. Sunnatullah akan kekal menjadi sunnatullah. Segalanya akan berulang. Setelah sekian lama, ianya pasti menjadi perkara biasa juga. Hatta kereta itu adalah Audi TT sekalipun!

           Untuk kembali kepada kereta Proton Iswara setelah membawa Audi TT sudah pasti menyeksa jiwa dan batin seseorang. Ia sememangnya sudah "out of the question". Tidak sama sekali boleh diterima. "No can do."

           Oleh itu, fenomena seorang manusia menjadi bosan dengan sesuatu yang telah dia peroleh sebenarnya adalah sesuatu yang normal. Begitu juga dengan ikhwah akhawat. Untuk mereka bosan dengan tarbiyyah yang mereka terima juga adalah normal.

           Mereka barangkali akan merasa bahagia apabila berganjak daripada sekadar menjadi mutarabbi kepada menjadi seorang murabbi pula. Daripada hanya seorang anak usrah, kepada 10 anak usrah pula. Daripada hanya satu usrah, kepada 20 usrah. Daripada hanyalah seorang jundi, kepada seorang qiyadah pula.

           Setiap satu daripadanya pasti akan membawa sejenis perasaan gembira kerna telah maju. Namun, sepertimana fitrah manusia telah berkata, perasaan gembira dengan situasi yang baru itu pasti akan menjadi suatu norma juga suatu hari nanti.





           Maka, atas sebab itulah, kita perlu memahami mengapa seseorang yang hebat itu mampu thabat (tetap) di jalan yang telah dipilihnya.

           Lihatlah seorang pemandu Formula One. Kehidupannya dihabiskan pada memandu kereta yang sama, pada litar yang sama, upacara yang sama, sahabat-sahabat yang sama dan situasi yang sama. Walau bagaimanapun, apabila kita melihat mereka, mereka kelihatan bahagia. Begitu juga dengan pemain-pemain sukan yang lain. Mereka tidak merasa bosan. Sedangkan segala isi permainan mereka telah mereka hadam sejak sekian lama. Segalanya berulang-ulang tanpa henti.

           Apakah yang mendorong mereka?

           Ya, CINTA.

           Cinta mereka kepada apa yang mereka lakukan telah membuatkan mereka sangat bahagia. Mereka semakin bahagia apabila mereka boleh mengulanginya beribu-ribu kali. Setiap perbuatan mereka disertakan dengan kasih sayang dan rasa penuh kecukupan.

Oleh itu, wahai ikhwah akhawat yang dicintai kernaNya,
cintakanlah Dakwah dan Tarbiyyah dengan sebenar-benar cinta.

Nescaya engkau akan merasa sangat bahagia,
menanti-nanti janjiNya yang bakal mendatang.







...

Okay.

Tiba-tiba dah habis tulis.

Assif sekiranya tak mencapai tahap penjelasan yang sepatutnya.
InsyaAllah, satu hari nanti akan redo post ini.
T.T












Friday, April 11, 2014

THUMMASTAQIM !


Sesungguhnya mereka yang berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (istiqamah), maka tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[Al-Ahqaf, 46 : 13] 

Dari Abu Amru dan ada yang berkata Abu Amrah, Sufyan bin Abdillah Ats-Tsaqafi r.a. berkata, "Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku suatu perkataan tentang Islam, yang tidak mungkin aku tanyakan kepada siapa pun selain kepadamu." Rasulullah SAW bersabda, "Katakan: 'Aku beriman kepada Allah, lalu istiqamahlah.' "  

[HR Muslim, Hadith ke-21, Hadith Arba'in An-Nawawiah]

 Istiqamah. Satu perkataan yang mungkin sudahpun menjadi kebiasaan kita. Kita sering berkata, "Kita kena istiqamah dalam ibadah kita ni."
Ya. Sangat betul apa yang kita katakan. Moga menjadi doa dan dimaqbulkan oleh Allah. Tetapi, sejauh mana kita memaknai perkataan 'istiqamah' itu? Aku tidak mahu menyentuh dari segi lughah atau linguistik memandangkan aku bukanlah ahlinya. Tapi, fahamlah sikit-sikit.

Istiqamah yang sering kita fahami hanyalah terbatas kepada konsistensi melaksanakan apa-apa ibadah ataupun kerja-kerja soleh yang lain. Istiqamah dalam perkara fahsya' wal munkar itu kita tolak tepi. 

Tahapan istiqamah yang tinggi ialah bilamana kita istiqamah dalam iman kita. Dalam pegangan hidup kita. Jelas matlamat hidup. Ramai orang yang mampu solat jemaah lima kali sehari setiap hari. Qiam setiap hari. Puasa dua hari seminggu. Dan juga ibadah-ibadah yang lain. Tetapi, apalah istiqamah amal tanpa matlamat dan aqidah yang jelas dan juga istiqamah.

Benarlah iman kita itu yazid dan yanqush. Tetapi, istiqamah dalam iman ialah kita sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah, dan juga melaksanakan tugas kita. 

Dalam konteks tarbiyah dan da'wah pula, mashaAllah. Lagilah perlunya kita untuk istiqamah. Istiqamah dalam menegakkan fikrah islamiyah. Tidak logiklah jika ada yang berkata jika kita terlarut sangat dalam tarbiyah dan da'wah, dunia kita akan tergadai. Harta tergadai. Study tergadai. Kalau jadi begitu pun, mungkin sebab kita belum cukup istiqamah dalam tarbiyah dan da'wah.

Jadi, mari kita reflek semula. Sejauhmana kita nak terus teguh dalam tarbiyah dan da'wah ini. Sejauhmana kita allout dalam tarbiyah dan da'wah. Tanpa amal, tiadalah istiqamah. Tanpa tarbiyah yang istiqamah, apatah lagi da'wah.





Infiru !


hudhudkacak
12042014

Tuesday, April 8, 2014

TAUJIH SI TUA





Di suatu hari yang panjang dan memenatkan
Terkulai layu sebatang tubuh, keringat mengalir
Suara yang ganas dan gagah sudah mendatar
Persis air sungai yang mengalir lesu, dahagakan hujan

“Bertahanlah kalian!”

Jerkah suara itu, kendatipun nadanya pasang surut
Meski sudah uzur, zahir usianya pada kedutan yang melata
Siapa sangka, semangat keperwiraan nya tetap muda
Walau kudrat sekelumit cuma, walau sudah di penghujung usia

“Berbanggalah kalian, dengan afiliasi dengan Tuhanmu ini”

Sosok itu terus memaksa agar berdirinya kokoh
Melaungkan siulan siulan jihad sedaya yang ada
Meski hari tampak makin suram, makin pudar harapan
Kerna imannya tahu, kelak mentari kan muncul

 “Kalianlah Yusuf buat harapan ini”

Jerkahan itu bertalu talu, mengetuk dengan kuat dan deras
Harapnya kata-kata itu mengakar ke jiwa manusia seanteronya
Makin kuat pula siulan Iblis menandingi suara si tua itu
Yang dihiasi irama yang mengasyikkan, membuaikan

“Jangan biarkan waktu kalian berlalu tanpa amal untuk da’wah ini”

Ia tidak pernah mundur apatah lagi mengangkat tangan menyerah
Cuma ada kalanya wajah itu terkadang muram
Menatap satu persatu waris risalah ar Rasul yang mulia ini
Lalu terpancarlah kegusaran, jika ini saki yang tinggal

“Sucikanlah diri kalian dari perbuatan dosa”

Masih ada harapan, buat orang yang beriman
Walaupun kata-kata itu kadang-kala seakan tidak bernafas
Konsekuen kendurnya iman, bermaharajelanya kebathilan
Meski begitu si tua itu tahu, di hadapanya ada khairan ummah

“Apa lagi yang buatmu diam wahai harapan isi bumi?”

Kepercayaan itu disandar pada bahu mereka seadanya
Yang mendengar ketukan taujih yang berapi itu
Di hari yang makin hampir penghujunya
Begitu tenat dan getir saatnya, kerna seakan tiada pemisah antara haq dan benar

“Bangkit dan majulah bersama deru dakwah”

Sang mujahid itu sudah tidak tertahan lagi
Bagaikan terhampar jelas di kaca matanya yang makin pudar itu
Terbentang jelas, jalan menuju syurga nun di hadapan sana
Yang tiada cara lain untuk ke situ melainkan menapaki jalan dakwa ini


Sekumpulan jiwa muda yang suci itu sudah mara setapak
Lalu apakah yang membuatkan kalian masih ragu
Apakah dikau redha dengan kehinaan ini
Atau buatmu, matahari sudah terkubur selamanya?

Monday, April 7, 2014

SYOKNYA USRAH!

Usrah. Suatu benda yang tak asing lagi. Apatah lagi, pada zaman yang serba canggih ni. Media massa memainkan peranan yang besar dalam penyebaran sesuatu maklumat, idealogi, fikrah malah doktrinisasi. Ramai yang tertarik, minat, inkuiri serta taksub pabila perkataan klise itu disebut.

Bagi mereka yang berada di dalamnya, mereka berasa sangat-sangat gembira kerana dapat merasakan erti sebenar ukhuwah fillah. Membahasakan diri mereka ana dan enta. Bergelar ikhwah dan akhawat. Makan bersama-sama dalam talam. Beribadah secara jama’i. Melakukan pelbagai aktiviti bersama. Oh indahnya dunia…

Kian kali tibanya hari yang di nanti, wajah mereka bersinar-sinar. Ya lah, inilah masanya untuk mereka menghayati islam. Menyatukan hati-hati mereka menyahut seruan Rabb Yang Esa. Inilah waktunya mereka mengisi jiwa-jiwa mereka dengan kalimah-kalimah toyyibah. Memenuhi hati-hati mereka dengan fikrah-fikrah islam. Ya inilah waktunya!

Namun tatkala itu, kadang hati mereka lupa. Larut. Tenggelam. Setahun, dua tahun, sepuluh tahun hatta beratus tahun sekalipun, jika kita usrah untuk diri kita sahaja, apakah bezanya kita dengan seorang ahli ibadah yang bermain-main?

“walaupun akhir-akhir ini telah banyak seruan dari da’i islam yang mengajak orang ramai, khususnya kepada mereka yang bersembahyang supaya supaya bekerjasama dan menolong da’i islam dalam kerja amar makruf nahi mungkar ini, namun begitu sebahagian besar dari mereka hanya menggelupur sedih dengan realiti orang islam. Mereka masih tidak mengetahui  tariq amal (jalan kerja). Kalaupun ada di kalangan mereka yang tahu, biasanya dihalang pula oleh rasa takut dan ingin menjaga kepentingan. Takut memikul risiko dakwah dan pengorbanan serta ingin menjaga harta benda dan kepentingan dunia.”
-muntalaq, bab 5-
           
            Mereka terlampau asyik. Terlalu yakin akan kedudukan mereka di syurga. Hilai tawa melampaui usaha dakwi. Ukhuwah fillah menutupi lolongan manusia yang hilang ditelan kegelapan jahiliyah. Tak pernah sekali melihat sekeliling perhati tingkah lincah maksiat yang melampaui norma. Jikalau pernah sekalipun, hanyalah untuk muhasabah dan berdoa tidak menjadi seperti mereka. Begitu bukan?

            Ya saya akui saya juga berada dalam sistem ini. The so called doktrinisasi. Mengapa ia digelar doktrinisasi? Kerana kita menjadikannya begitu. Realiti hari ini. Membaca puluhan buku. Melalui ratusan pengisian. Menghadiri ribuan liqa’ usari. Adakah itu cukup untuk menempah tiket ke syurganya? Mungkin ya. Mungkin juga tidak. Ilmu yang kita dapat bukanlah untuk menjadikan kita sebuah perpustakaan bergerak atau menandakan kita sudah lama berkecimpung dalam fenomena usrah ini. Hakikatnya, amal yang ikhlas menjadi penentu.

            “Wahai orang yang berselimut. Bangunlah, lalu berilah peringatan”
- al-muddasir: 1-2 -
           
            Sampai bila kita nak dibuai murabbi tanpa mengerahkan sedikit kudrat untuk menjadi sepertinya. Bergerak sepertinya. Melaju sepertinya. Apakah kita lupa ketika mana kita yakin bahawa pembinaan manusia satu-satunya cara untuk menggapai ustaziyatul alam. Maka wajarkah kita membiarkan diri kita dibina tanpa menjadi seorang yang membina?


            Setiap yang mudah itu pasti tidak mendatangkan kejayaan yang besar. Setiap yang ringan itu pasti tidak dipandang tinggi oleh yang lain. Setiap keseronokan itu pasti tidak dapat menanggapi apa erti sebenar mujahadah. Maka teguhlah dalam langkahmu. Yakinlah dalam usahamu. Sertakan dengan amal yang ikhlas. Hidupkan dengan ibadah yang berterusan. Peluklah mad’u yang menantimu di luar sana. Rapati mereka seperti mana yang kau pernah alami. Apalah syoknya usrah kalau kita sahaja yang rasa, bukan?


- Hood Hood -

Tuesday, April 1, 2014

EGOISME


Ego. Satu entiti yang menghairankan. Aku keliru. Semua orang ada egonya sendiri. Hatta para daie pun tidak terkecuali. 

Bagaimana bisa terjadi? 

Ego usually comes with a package of rasa tinggi diri dan memandang orang lain lebih rendah. Ataupun rasa diri sendiri sahaja yang betul dan orang lain salah. Ego itu membunuh. Sungguh. Terkesan sekali pada para daie terutamanya. Bilamana amal da'wi bercampur ego dan zhon-zhon yang buruk pada para mutarabbi, maka jangan hairanlah usaha kita kelihatan tidak menjadi.

'Ar-Ruh Qabla Ad-Da'wah'

Ruh sebelum da'wah. Sejauhmana kita merenung terhadap keadaan ruh kita. Tenang? Ataukah terzalimi dek jasad kita yang kita biarkan menurut nafsu kita? Hakikatnya, ruh tersiksa. Jasad menjauh dari Sang Pencipta. Naudzubillah.


Ayuh, para da'ie ! Inilah saatnya untuk kita buang sisa-sisa jahiliyah yang halus. Yang datang dan pergi. Allah SWT sebut dalam ayatnya yang sangat powerful, 


"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka."

Al-Hadid [57] : 16

Boleh jadi kerana ego kita, khusyuk itu sukar untuk kita capai. Mungkin disebabkan zhon-zhon kita menjadikan hati kita semakin keras. Lalu, celah mana lagi ruh kita dapat basah? Basah dengan tarbiyah.

Renungkanlah dan beramallah






hudhudkacak
02042014

*post yang agak random. i guess. hee :)

DR. DNT ?

Perjalanan hidup ahli akademik adalah daripada sekolah rendah kepada sekolah menengah kemudian kepada diploma ataupun terus ke ijazah seterusnya kepada 'masters' (tak tahu masters dalam bahasa Melayu apa, haha!) dan akhirnya peringkat tertinggi adalah PhD.

Pemilik PhD diiktiraf sebagai golongan cendekiawan yang sememangnya pakar dalam bidangnya. Mereka perlu membuat kajian dan menghasilkan tesis yang akan dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Betapa coolnya depa ini.

Bagaimana pula dengan ikhwah akhawat?

Bagaimana hendak tahu dia pakar atau tidak sebenarnya?

Bagaimana hendak tahu dia benar-benar sudah memahami, sudah mengkaji mahupun tidak?

Ianya juga adalah menerusi 'tesis-tesis' yang telah dihasilkan oleh kita. Bahan-bahan penulisan kita menjadi bukti tahap fikrah kita dan juga menjadi bukti sejauh mana amal kita.

 Lihatlah Mesir. Lihatlah Indonesia.

Betapa kita setakat ini banyak mengambil daripada mereka, dan boleh diakui bahwa mereka jauh ke hadapan berbanding kita dengan izin Allah.

Oleh itu, wahai ikhwah akhawat, ingin sekali saya mengajak kita bermuhasabah bersama,

"Apakah kita sudah benar-benar memahami fikrah kita ini?"

...

p.s. Iman Publication adalah medan amal paling saya thiqah untuk ikhwah akhawat lempiaskan semua 'tesis-tesis' mereka. Ingat. Penulisan adalah manifestasi cinta kita buat generasi akan datang, kerna hanya melalui penulisan, mereka akan mengenali perjuangan kita, insyaAllah.

 Moga Allah redha.


...8...9..10 YOU'RE OUT !

Jab. Jab. Uppercut.

Bob and weave.

slip left slip right.

Hah, I got you where I want you now.. left h...

BAM!

unexpected straight right. plan failed.

lights out.

Every sparring session I have a game plan, thinking and predicting what's my opponent's next move going to be. When the plan works, and you land every punch, its human nature for your ego to get to your head

" I'm better than this dude.look I'm toying with him"

Your confidence starts to make you lazy, your hands will drop, you are not as alert as you were in the beginning. you start to make careless mistakes. 

Until.

A straight right gets you in the face, or a left hook that makes you stagger.

Only then you will guard up, you will start to rethink your mistakes, more alert of your environment. You begin to fight with respect; respect the strength of your opponent and not to undermine him.

Throughout life, we also have our own game plan on how we're going to do things in life, let it be our education, family planning and ehem. DnT. As we proceed with the plan there are sometimes diversion or obstacles that forces us to improvise the game plan. we might not like it.

But things happen for a reason.


getting knocked down is normal, what matters is what you do when you get up
Maybe we're getting to comfortable with ourselves. We let our guard down against shaitan. We start to feel so self-involved that the A's that we get or the liqa's that we guide ( any suggestion for a more accurate term??)  are out of our own effort and we forgot Allah's involvement in the process. 


So Allah sends down one of His 'left hooks' or 'uppercuts' to set us back on track and make us tajdid  our niah. Only when we get hit, we will realize our mistakes and make taubah.

Allah in His own Merciful way, send us blows to make sure we don't get to involve in Duniya to an extent we are blinded from our purposes in life (Abid and Khalifah). 

And if you think about it the more hits we take the more persistent and stronger we will become. 

Just like He did with the prophets ( may peace be upon them). 

"They learn with every test that Allah sent upon them "




sape kata budak2 liqa lembik :P
 So every time you are knocked down listen for the ..3...4...5 and get up!
kid says: you're gonna get up Akhi?


hudhud-in-gloves
1645- petaling jaya




like IzzaMMA facebook page :P Qawiyul Jism!