Monday, July 14, 2014

Berprasangka

Assalamualaikum akhi, anta apa khabar?”

Waalaikumsalam, Alhamdulillah baik, ni ada apa – apa ke message?”

Atau pun,

Weh, apa khabar?”

haa, ni mesti nak kasi aku kerja ni (sambil membuat muka)

Atau pun,

Kau ok ke?”

err.. kau dah kenapa tanya aku ni?”

Atau pun soalan yang sepesen dengannya. Bila kawan kita atau ikhwah bertanyakan khabar kepada kita, soalan manusiawi yang datang daripada seorang insan yang sayangkan sahabatnya, apakah reaksi kita? Reaksi yang bagaimanakah kita balas? Atau mungkin, perasaan yang bagaimanakah yang kita rasa? Pernah berlaku situasi di atas kepada kita? Pernah terlintas perasaan yang sebegitu kepada orang yang bertanya? Cukup berlapang dadakah kita demi merasai bahawa kawan kita benar – benar mengambil berat tentang keadaan kita? Benar – benar sayang pada kita?

Sudah cukup kesahkan kita pada mereka seperti mana mereka benar – benar kesah pada kita. Bila mana kita ada masalah, mereka sanggup tinggalkan segalanya untuk membantu kita? Sesuatu yang mungkin kita fikir tidak praktikal, tetapi pernahkah kita acknowledge apa yang sedang mereka usahakan untuk kita? Masih punyakah hati kita kepada mereka yang ini?

Mari kita ambil sedikit masa untuk bermuhasabah

Apabila seorang al – akh itu mempersoalkan atau merasai ikhwah ada perancangan atau tidak senang dengan soalan manusiawi yang dilontarkan kepadanya, itu adalah tanda masih belum ada lagi ukhuwah di antara mereka. Kerna akhirnya, tangga pertama kepada ukhuwah itu ialah berlapang dada. Bagaimana ukhuwah itu mampu terjalin sekiranya tiada berlapang dada di antara ikhwah sendiri. Inilah satu simptom yang ketara yang sering kali dipandang remeh oleh ikhwah.

Kita sibuk melihat adik –adik tiada ukhuwah sedang kita? Ukhuwah itu adalah asas kepada keberjayaan sesuatu fikrah. Ukhuwah itu adalah tonggak sesuatu pergerakan. Ukhuwah itu adalah teras kegemilangan. Eh? Bagaimana kejayaan itu mampu dicapai sekiranya sesuatu gerakan haraki itu tidak punya ukhuwah di antara anggotanya? Sering kali berprasangka buruk. Akan tiba suatu hari, berlakunya perselisihan besar yang tidak dapat di kawal apabila ukhuwah itu tidak terbentuk dan tidak di rawat. Sehingga akhirnya menyebabkan gugurnya seorang al – akh itu dari jalan dakwah dan tarbiah.

Asas kepada ukhuwah itu ialah taaruf dan proses taaruf ini perlunya keberlangsungan daripada permulaan perkenalan hinggalah ke akhir persahabatan. Dengan taaruf kita mampu untuk berlapang dada. Dengan taaruf, kita mampu untuk tafahum yakni, memamahi sehinggakan kita mampu untuk bertegur kesilapan sesama kita tanpa ada sekelumit kibr dalam hati. Tanpa merasai kita lebih hebat dari yang lain. Kita taaruf sehingga tafahum kita sampai tahap kita menegur seorang al – akh itu tidak lain dan tidak bukan, hanyalah semata – mata kerana Allah, tiada lain tetapi kerana Allah. Kita tafahum sehinggalah kita mampu untuk takaful yakni membantu mereka. Kita membantu mereka sehinggalah tiada sekelumit pun sedikit perasaan berat untuk membantu. Dengan taaruf dan tafahum yang terjalin dengan baik, takaful mampu dilaksanakan dengan baik, dengan cara yang baik. Inilah suatu teori yang masih belum lagi menjadi satu praktikal dalam kalangan kita, penggerak dakwah.

Ikhwah yang dicintai,

                Kita memilih adik – adik, adalah atas dasar kita sayangkan mereka, ingin kita selamatkan mereka. Begitu juga, apabila kita bersetuju untuk bergerak bersama dalam suatu kumpulan, beerti, kita bersedia menyayangi setiap ahli anggotanya. Kita bersedia bertaaruf sehabis – habisnya dengan mereka, kita bersedia saling memahami antara mereka, kita bersedia untuk membantu saling membantu apabila masing – masing memerlukan. Ini beerti, kita sayang kepada mereka semata – mata kerana Allah, dan tidak sedikit pun mahu kita lihat dia tersungkur dan tergelincir dari kumpulan kita. Apabila salah seoarang akli anggotanya punya masalah, sanggup bertindak seefisien yang mungkin untuk selesaikan masalah tersebut dan tidak membiarkan ia melarat. Itulah tandanya kita menyayangi mereka. Sayang mereka sehinggakan kita tiada masalah untuk berlapang dada. Sayang mereka sehingga kita mampu memberi apa yang kita ada kepada mereka. Sayang mereka sehinggakan kita mampu untuk mendahulukan mereka lebih – lebih lagi di dalam perkara yang mereka perlukan yang kita sangat cintai.

Ikhwah, kita ambil masa sejenak untuk sama – sama bermuhasabah

                Sejauh mana sudah kita tunaikan hak – hak ikhwah kita? Seperti mana kita bersusah payah cuba memenuhi hak – hak adik – adik kita. Sudahkah kita membebani bebanan ummah, beban ikhwah dan mutarabbi kita? Atau kita masih lagi memikul beban sendiri, punya jahiliyah yang berat yang kita bawa sepanjang perjuangan kita sehinggakan kita tidak mampu menjaga hak – hak ummah, hak – hak adik – adik, hak – hak ikhwah. Keberjayaan gerakan kita terletak kepada kekuatan ukhuwah di antara kita.

Duhai diri, duhai ikhwah sekalian,

Sudah tiba masanya untuk kita galas bebanan yang sebenar yakni bebanan ummah, fikirkan tentang ummah, tentang adik – adik, tentang ikhwah, sehinggakan hidup kita ini hanyalah untuk mereka, kita sebahagian daripada mereka. Usahlah ditunggu untuk di approach dulu dari mana – mana ikhwah. Buangkan segala mindset bahawa kalau ikhwah tak buat, buat apa aku buat? Atau pun, tak apa, kita tunggu ikhwah tu mulakan dulu. Sekiranya setiap daripada ikhwah itu berfikiran seperti itu, sampai bilakah mahu kita mulakan? Kita lah yang menjadi pemula kepada semua ini.  

Thursday, July 10, 2014

Menjadi ibrahim

Menjadi ibrahim

Kisah yang dicatat dalam quran sebagai bahan bukti bahawa dia sang nabi mempunyai matlamat hidup yang jelas biar pun tatkala dia masih muda

Inilah suatu aset penting yang kian hilang dalam diri setiap manusia terutamanya pemuda.

Hatinya sensitif pada kekafiran, langsung tidak boleh tidak dia menyembah dan tunduk pada taghut.. Sang nabi jelas dengan kalimah syahadah yang diperjuangkannya..memahami tuntutan bara' dan wala'nya..

Memenuhi tuntutan bara' dengan meninggalkan dan menjauhi taghut. Tidak cukup dengan itu, sang nabi jelas bahwa dia perlu tentang habis-habisan dengan taghut tanpa memberi sedikit peluang pun untuk taghut mempengaruhi dirinya.. Jelas, cukup jelas bagi diri sang ibrahim. Kerna itulah, dia menghancurkan setiap berhala yang ada dan tinggalkan satu sebagai persoalan kepada penyembahnya.

Tidak cukup dengan bara' dengan taghut, sang nabi mengerti wajibnya untuk wala' hanya kepada Sang Pencipta yang satu itu..tanpa ada belah bahagi, hatinya cukup peka bahwa sang nabi hanya tunduk kepada tuhannya. Penghambaan secara totalitas wajib diberikan kepada Sang Penguasa.

Sang nabi juga memahami bahwa dia seorang sahaja tidak cukup untuk memahami tuntutan kalimah ini. Lantas sang nabi bijak menyeru kaumnya untuk bersama-sama memikul tanggungjawab kalimah syahadah. Kerna itulah sang nabi menghancurkan berhala dengan hikmah

Duhai diri,

Wahai ikhwah sekalian,

Kita sebagai pemuda, perlunya kejelasan dengan kalimah syahadah yang kita imani, yang kita lafaz sekurang-kurangnya 9 kali sehari. Memenuhi tuntutan kalimah ini.. Sedia bara' kepada kesemua taghut dan hanya wala' pada tuhan yang esa

Biar pun teringian di hati dan di benak kepala ini segala 'keseronokan' jahiliyah lama, biar pun kekasih lama datang memanggil, mengharap sesuatu pada diri, biar pun sahutan-sahutan game memanggil dengan penuh asyik, biar pun kisah silam kita kembali menjadi mimpi-mimpi indah, biar pun sahabat karib yang tidak sefikrah dengan kita menggoda kita untuk kembali bersama mereka..ikhwah, biar apa pun yang kembali buat kita terkenang dengan jahiliyah, perlunya ada kejelasan dalam hati kita bahwa ia semua perlu dibuang, bara' sama itu semua! Tinggalkan dan terus ke hadapan, jadilah seperti sang nabi, jelas, hatinya tulus memilih wala'nya,penghambaannya pada tuhan, bukan pada taghut

Ikhwah, dengan hadirnya wala' dan bara' ini, buah kepada usaha mujahadah kita ialah ikhlas.. Ikhlas hanya mampu hadir dalam hati setiap dari kita bila mana hati kita bersih dengan totalitas dari sebarang jahiliyah.

Dengan ini sahaja niat suci kita akan difahami dan dilihat jelas oleh orang yang didakwah kan. Hanya dengan ini jua ikhwah, akan kita kecapi kemanisan iman..kemanisan dalam beramal, biar pun penat, tapi kita merasai betapa berbaloinya pengorbanan kita, dengan ini juga, kita menggalas beban umat, bukan lagi beban diri sendiri, dengan ini, kita mampu bergerak laju..

Ikhwah, marilah..dengari dan sambutlah seruan diri ini, ayuh sama-sama perbaharui niat kita, perbaharui wala' dan bara' kita, sama-sama kita perjelaskan tuntunan wala' dan bara' kita.