“Akhi, baca
an-nisa ayat 118 – 119”
“120 sekali
alang – alang”
Whatsapp yang
ku terima dari orang jauh
Setelah seharian
berlalu, tuhan berikan peluang untuk tadabbur ayat ini.
“..yang
dilaknati Allah, dan (setan) itu mengatakan “aku pasti akan mengambil bahagian
tertentu dari hamba – hambaMU, dan pasti akan kusesatkan mereka, dan akan
kubangkitkan mereka dengan angan – angan kosong dan akan ku suruh mereka
memotong telinga – telinga binatang ternak (dan mereka benar – benar memotongnya),
dan akan kusuruh mereka mengubah ciptaan Allah, (lalu mereka benar – benar mengubahnya).”
Barang siapa menjadikan setan sebagai pelindung selain Allah, maka sungguh dia
menderita kerugian yang nyata. (Setan itu) memberikan janji – janji kepada
mereka dan membangkitkan angan – angan kosong pada mereka, padahal setan itu hanya
menjanjikan tipuan belaka kepada mereka ”
Sebagai disklemer, ia hanya satu tadabbur
dari seorang manusia yang baru ingin membersihkan diri ini. Terpulang untuk
tolak mahupun terima tadabbur ini. Moga bermanfaat.
Antara beberapa
point yang ingin saya share kan:
Tidak akan
sekali kita diredhai, iman kita
Setan tidak
akan sesekali meredhai iman kita. Bila kita bermula untuk berubah, dia akan
mula gatal – gatal, tak senang duduk tak dapat terima kita ingin kembali semula
kepada tuhan. Dia kehilangan rakan untuk dibawa bersama ke neraka.
Perkara yang
syubhah
Syaitan tidak
akan sesekali berhenti untuk mengheret kita bersama mereka. Bermulanya dengan
perkara yang diringan – ringankan, diteruskan dengan perkara yang syubhah
sehinggalah kita melakukan perkara yang haram, dengan rela diri!
Orang yang
bertaqwa itu menjauhi syubhah
Ats- tsauri
berkata:
“Ada pun
sesungguhnya ketinggian orang – orang yang muttaqin ini adalah mereka yang
meninggalkan barang apa yang tidak diketahui (akan keharamannya)”
Syaitan tidak
akan berhenti dalam berusaha, dan mereka bijak, mengenali mad'u mereka dengan
baik, mengetahui kelemahan mad'u mereka. Dan mereka akan menyerang mad'u mereka
apabila mad'u mereka tidak bersedia, mereka sentiasa tidak akan lalai atas
kelalaian mad'u mereka.
Mereka hinggap di hati kita dan menunggu untuk
mengadakan serangan gerila, menghancurkan kita ketika kita tidak bersedia
dengan pertahanan. Inilah hakikat yang diajar tuhan kepada kita dalam surah an –
nas supaya kita lebih bersedia.
Bijak syaitan
ini, dia akan serang kita pada tempat yang menentukan siapa diri kita.
Rasulullah bersabda:
“……ketahuilah bahawa setiap jasad itu ada seketul daging
yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka
rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”
Hati ini
jugak digunakan untuk menentukan kelurusan agama kita, berarti istiqamahnya
kita pada agama
“tidak akan
lurus agamamu selagi mana hatimu tidak lurus”
Formula yang
mudah, inginkan agama yang lurus, perlunya hati yang lurus, inginkan hati yang
lurus, perlunya kepada jauhi syubhah. –quoted.
Angan –
angan kosong
Angan –
angan: segala apa yang kita fikirkan dan tidak dijadikan suatu amalan.
satu adegan yang mungkin telah berlaku
"akhi, ana target budak ini",.......seminggu kemudian....sebulan kemudian....setahun kemudian.."eh, apa jadi dekat adik yang anta target?"
Begitu juga yang terjadi pada yang lain "akhi, ana cadang nak masuk sekolah ini, berpotensi gayanya", juga ini "kalau aku tarik budak ni, mesti lagi ramai join usrah, anasir tagyir budak ni", juga yang ini "aku nak baca buku ini, aku nak setadi ini" dan lain - lain... dan yang paling lejen, "cuti ini, aku nak belajar, nak perbaiki grade aku, aku nak hafal quran" sampai habis cuti... apa jadi cuti? *kuis - kuis tanah.
Kata abu
ammar, syeikh muntalaq:
“tarikan
syaitan yang menghiaskan futurnya dan menjadikannya cinta kepada dunia. Menyebabkan
dia dalam keadaan lalai, malas, panjang angan – angan dan berlengah – lengah untuk
belajar apa yang dia jahili”
Ramai kader –kader dakwah yang banyak berfikir
tentang masalah ummat. Cara –cara untuk memperbaiki ummat yang sedang tenat. Namun
jarang sekali kita jumpa dengan suatu figur yang dia lakukan apa yang dia
fikirkan, kebanyakkan kita hanya berhenti pada memikirkan. Ketahuilah bahawa fikiran – fikiran kita tidak
akan bermanfaat sekiranya ia tiada seiring dengan amal.
Abu ammar
meletakkan angan – angan yang panjang di dalam salah satu daripada futurnya
seorang al – akh. Kerna dia hanya reti berfikir dan tidak memanifestasikan ia
sebagai satu amal. Hanya dengan amal sahaja yang mampu untuk menggerakkan ummat
ini. Lihatlah Lenin, penggerak kepada ideology komunisme yang ditulis oleh Karl
Marx. Suatu buah pemikiran itu akan Berjaya dengan adanya penggerak, tiada guna
penulisan yang panjang berjela – jela dan tiada penggerak untuk
menggerakkannya. Jadilah kita, kader yang amaliyun!
Oleh itu ikhwah, sentiasalah bersama dalam keadaan waspada.
Wajibkanlah diri menghadiri jilsah – jilsah tafakkur (majlis – majlis berfikir)
untuk sama – sama meneropong diri, untuk sama – sama muhasabah diri, agar
sentiasa berada dalam keadaan keimanan.
Ikhwah, kita tidak pernah kuat dalam
berseorangan, perlunya berada dalam satu kumpulan yang sentiasa mengingatkan
kita kepada keimanan kerna hakikatnya, kita takkan lari dari terkena dengan
tarikan syaitan ini, kerna ia adalah satu sunnatullah yang akan sentiasa
berulang – ulang. Tidak akan berhenti sehinggalah nyawa kita ditarik daripada
jasad kita.
Sekiranya manusia
itu mampu untuk menyerang dari setiap arah seperti yang diceritakan dalam kisah
perang tabuk, dalam surah al – ahzab, keadaan ummat ketika itu, penglihatan
mereka terpana, dan hati mereka sesak sampai ke tenggorokan, ketika itu hati
mereka diguncang dengan guncangan yang sedahsyat – dahsyatnya. Ini baru manusia, yang menyerang dari beberapa
arah sahaja.
Ikhwah, kita berbicara dengan satu peperangan, yang musuhnya
adalah syaitan, yang akan menyerang kita dari setiap inchi arah yang mereka
boleh masuki. Sepatutnya perasaan kita jauh lebih cemas dari para sahabat kerna
mengetahui hakikat musuh kita atas kemampuan mereka.
Tambahan, mereka
ini hidupnya sudah lama, mereka punya asset pengalaman yang cukup solid untuk
menjatuhkan kita. Dan sayang, kita pula masih fikir kita kuat untuk berdiri
berseorangan, cukup dengan tarbiyah dzatiyah. Kita ini bongkak! Bajet kuat! Cukup
angkuh! Siapalah kita nak dibandingkan dengan musuh yang jauh hebat kelengkapan
mereka. Oleh itu, saya menyeru kita untuk sentiasa bersama – sama dalam satu
kelompok yang mampu membantu kita untuk menang peperangan ini.
Ini bukan
sesuatu yang remeh temeh, sekiranya kita ambil ini sebagai sesuatu yang remeh,
nescaya usaha kita untuk mengharunginya juga akan menjadi ala kadar, tiada
seriusnya dan nescaya teruklah kita dikalahkan.
Moga Allah
jadikan kita dalam golongan yang ikhlas dalam beramal !